|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Topics: 5 Posts: 486
|
Benarkah al-Quran mempunyai 6666 ayat??Kes 1Saya pernah tanya kepada pelajar saya (sekadar untuk menguji), berapakah bilangan ayat al-Quran? Kes 2 Bersungguh ustaz itu menafi…jadi saya pun terdiam jerlah. Mungkin dapat saya tegur pada lain masa. Masa itu tidak sesuai sangat untuk saya syarah lebih panjang lebar bab ini. :) Benarkah terdapat khilaf 6,666 ayat? Kes 3 Jadi pada tanggal 6/6/06 tarikh keramat telah dipilih untuk majlis perkahwinan diraja yang cukup bermakna ini. Siangnya upacara akad nikah di masjid simpang Enam dan kenduri makan nasi hujan panas oleh Katering Enam bersaudara. Malamnya majlis khatam al-Quran oleh dua mempelai untuk habiskan bacaan 6666 ayat al-Quran bagi mendapat keberkatan dari Allah swt untuk mereka berdua, ujar Mak Ngah kepada jiran tetangga. Betul ke Mak Ngah? Kes 4 Persoalannya…Benarkah al-Quran mempunyai 6,666 ayat? Namun begitu, bukan semua yang sedap didengar dan senang diingat yang dikeluarkan daripada mulut yang manis itu benar. Haruslah diperiksa dahulu sebelum menerimanya bulat-bulat. Apatah lagi kalau ia mengenai agama kerana syaitan juga boleh berbuat demikian. Firman Allah S.W.T di dalam surah al-An’am ayat 112 yang bermaksud:
Berkaitan dengan jumlah ayat-ayat al-Quran, jumhur ulama telah sepakat mengatakan jumlah ayat al-Quran ialah 6,200 ayat lebih. Untuk itu, ulama berselisih pendapat tentang jumlah tepat atau berapa jumlah sebenarnya yang dikatakan lebih 6,200 itu. Berikut ialah Matan yang dipetik daripada Kitab Fawasil Syarah Naazimatul Al-Zuhri fi ‘Ulum Al-Fawasil karangan al-Imam Al-Syatibi R.A Perbahasan Ulama Fawasil ialah satu ilmu yang membahaskan tentang surah dan bilangan ayat al-Quran secara khusus dari segi bilangan ayat bagi satu-satu surah, hujung setiap ayat (ra’su al-ayah), dan permulaan ayat. Mafhum Matan di atas ialah keterangan-keterang berkenaan sanad-sanad Imam-imam Fawasil yang telah saya ringkaskan seperti jadual di bawah:
SUMBER PENGAMBILAN ILMU INI: Maka apa yang dapat saya faham mengikut pengarang kitab tersebut (al-Imam Al-Syatibi R.A), saya dapat rumuskan, sumber pengambilan ilmu fawasil ini ialah: Mengapa berlaku perselisihan dalam membilang ayat al-Quran? Ini adalah kerana dari kesungguhan al-Salaf al-Soleh sendiri iaitu para sahabat ra yang hidup bersama-sama dengan Rasulullah S.A.W, yang mereka ini sering memerhati, melihat dan mengambil kira semua gerak-geri, pertuturan, dan pendirian Rasulullah S.A.W. Rasulullah S.A.W sendiri mengaku akan kesungguhan mereka dalam berpegang dengan agama Islam seperti sabda Baginda Rasulullah S.A.W :
Di sini bermaksud, bahawasanya merekalah orang yang bersungguh dalam menjelaskan bilangan ayat-ayat al-Quran dan huruf-hurufnya. Mereka mengira-ngira ayat al-Quran ketika dalam solat. Sibuk mengira-ngira dengan jari-jemari mereka ketika solat akan berapa ayat yang sudah dibaca oleh Rasulullah S.A.W atau mereka sendiri ketika solat malam dan sebagainya kerana anjuran dari Rasulullah S.A.W supaya mereka meraih sebanyak mungkin pahala membaca dengan bilangan tertentu. Sebenarnya perbahasan tentang ilmu ini amatlah panjang. Apa yang penting semua riwayat di atas sampai sanadnya hingga Rasulullah S.A.W Tips mudah Wallahu a’lam bissowab. ______________________ |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Topics: 0 Posts: 4414
|
prophetic wisdom... OF THE DUTY OF BELIEVERS..... I have left two things among you....and you will not stray as long as you hold them fast... one is the book of god [Al Quran ] the other the laws of his messenger [Sunnah ] |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Topics: 0 Posts: 84
|
In the Name of Allâh, the Most Beneficent, the Most Merciful ... the miracles of Al-Quran, |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Topics: 1 Posts: 830
|
bagus artikel ni....thanks for the info... sebelum ni x pernah tau pun.... |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Topics: 5 Posts: 467
|
errrr nombor ka? ish3 ______________________
|
|
|||||||||||||||












