Browse   Categories   Kampung Chat Forum » Chit-Chat Forum    

Forum
Kampung Chat Forum » Chit-Chat Forum

MARI BERPANTUN SELOKA...

Topics: 5   Posts: 1287
tersusun di sanggul bunga melati
harum semerbak sepanjang hari
bukan merajuk di dalam hati
kesibukan sering merantai diri

Topics: 5   Posts: 1287
masak gulai ikan terubuk
beri semangkuk pada cik Zaitun
anda sibuk, kamipun sibuk
kita bercanda di dalam pantun...


...................................

Topics: 5   Posts: 1287
ramai orang pergi Kediri
tempat orang duduk melantun
usah sebuk memagar diri
elok ceria datang berpantun


Topics: 5   Posts: 1287
ikan dimasak mari hidangkan
hidang bersama sotong dan kerang
kerja banyak perlu dibereskan
datang berpantun bila dah kurang

Topics: 5   Posts: 1287
tendang bola melantun-lantun
bola ditendang ke tengah padang
bila stress bawa berpantun
hilang stress buat kerja pun senang


Topics: 5   Posts: 1287

pergi mendaki ke gunung Everess
penat mendaki kekolam renang
kerja sebuk menyebabkan stress
bila berpantun terasa tenang


Topics: 1   Posts: 71
hantar surat pakai pos express,
hantar sampai rumah mertua,
en fit jgn stress stress
nnt muka cepat tua~ *senyum ^_^*

Topics: 5   Posts: 1287
Balik kampung naik bas express
Suasan selesa layanan mesra
wahai walla ,Fit mne ade strees
Berpantun sahaja dan bergembira

Topics: 5   Posts: 1287
Keliling kota menjual kurma;
Bersama budu ulam pegaga.
Walau kita jarang bersama;
Hati rindu teringat juga.

Topics: 5   Posts: 1287
Batu delima dalam celepa
Dilitup benang tenunan lama
Dah lama tak kita tak jumpa
Hati terkenang kawan bersama.


Page 382 out of 388 | <<<12345 ... 380381382383384385386387388>>>



Moderators: Diana

Check out these portals: