Browse   Categories   Kampung Chat Forum » Chit-Chat Forum    

Forum
Kampung Chat Forum » Chit-Chat Forum

MARI BERPANTUN SELOKA...

Topics: 5   Posts: 1287
Nama dia muhammad Rizduan
Berbaju merah nampak megah
Pantun mu kawan ada kemajuan
Ada juga teman,untuk bermadah

Topics: 5   Posts: 1287
Bila sakit makan je moi
rasa tak sedap tambah la cuka
Apa yang dicari baru ketemui
Rasa bahagia didalam duka

Topics: 1   Posts: 1190
Dah lama tak menjengok di sini..
aiseyyy...biasalah ris memang bizi..huhuhuhuhuhu

Topics: 5   Posts: 1287
Orang dulu mandi air perigi
orang sekarang tak ingat lagi
Si Airis datang lagi
busy die di cakap lagi

Topics: 5   Posts: 1287
Pantun Buat Ibu


Tarian gamelan lagu senandung,

Warisan bangsa penuh keramat;

Sembilan bulan sarat mengandung,

Tetap ceria sedia berkhidmat.


Anak ikan di dalam balang,

Tidak banyak berenang sendiri;

Sakit melahirkan bukan kepalang,

Melihat anak wajah berseri.


Anak rubah dipanggang api,

Dimakan oleh orang Iban;

Penat lelah tolak ke tepi,

Demi anak rela berkorban.


Pergi ke pekan membeli laici,

Singgah berehat bersama teman;

Marahnya bukan marah membenci,

Sebagai nasihat jadikan pedoman.



Ulam pegaga tumbuh melata,

Tumbuh banyak di laman depan;

Emas permata tiada dipinta,

Kejayaan anak menjadi harapan.


Buat rumah dari kayu-kayan,

Masak bersama ikan keli;

Harta melimpah bukan impian,

Selaut kasih lebih bererti.



Pedas rasanya cabai Melaka,

Masak bersama ikan keli;

Sekali hatinya terguris luka,

Nikmat syurga jauh sekali.


Air dicedok dari perigi,

Membasuh tangan selepas makan;

Andai dia telah pergi,

Sepotong doa anak sedekahkan.



Serai serumpun sirih sejunjung,

Diletak orang di tengah laman;

Kasih ibu tiada penghujung,

Menjadi sanjungan ke akhir zaman.


Page 388 out of 388 | <<<12345 ... 386387388>>>



Moderators: Diana

Check out these portals: