|
Category:
Motivasi
Its about WHAT WE DO. Carilah pengganti, bahagiakanlah diri. Yang dulu tu dululah, elak untuk selalu mengingat lagi. Ubah mindset. Anda ada hak untuk mengecap bahagia! Bila Anda sudah berjumpa pengganti lalu Anda bahagia dengannya, Anda akan dapat terima perpisahan dulu sebagai sebahagian dari sejarah hidup Anda. Lama-kelamaan, ingatan Anda terhadap orang-orang di masa lalu serta situasi-situasi di masa lalu akan mengurang sedikit demi sedikit, menghilang, menghilang lalu menghilang habis. Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor. Carilah kumbang yang betul-betul punya kumbang. Lelaki ada banyak jenis. Dalam dunia serba maju hari ini, asal disebut perkataan ‘lelaki’ mesti kita terbayang seorang jantan yang ego, panas baran, pemarah, pembohong, penipu, pentingkan diri sendiri. Nak cari lelaki yang humble, baik, mengambil berat dan bertimbang rasa sudah menjadi satu perkara yang amat susah untuk dilakukan. Bila dah jumpa lelaki yang baik, pastinya jarang yang ‘available’. Seorang lelaki yang baik ditakdirkan untuk berjumpa gadis yang baik. Jika Anda seorang gadis dan Anda mahu ditemukan dengan seorang lelaki yang baik, Anda sendiri kena baik dulu. Baik dari segi perbuatan, kata-kata, perilaku, perangai, baik akhlak dalaman, baik di hati, baik di fikiran. Pengganti ada di mana-mana. Look with your heart, feel with your eyes. Rasailah kehadiran cinta walaupun sebenarnya si dia yang Anda cari-cari masih belum ada. Mencari ngan hati, merasai kehadirannya ngan mata, iaitu membayangkan rupanya selalu dan membayangkan seolah-olah dia ada di sebelah Anda selalu. Our feelings is a strong magnet. Emosi kita apabila digabung dengan imaginasi akan membuat kita bertemu dengan seseorang secvara kebetulan, serupa dengan yang selalu kita imaginasikan. Lebih kerap kita berimaginasi, lebih kerap kita merasai kehadirannya, lebih besar kemungkinan Anda dapat bertemu dengan dirinya secara kebetulan. Orang yang dimasa lalu tu, lupakan saja. Dah berlalu, dia dah pergi dari hidup kita. Bukalah ruang untuk orang lain masuk ke dalam hidup kita pula. Untuk kita membuka pintu untuk menyambut pada orang baru, kita perlu menutup pintu pada orang lama, supaya ada cukup ruang di hati kita. Hati kita ni, kalo orang lama masih ada kat situ kemudian orang baru pulak masuk kat situ, ruang hati kita akan jadi sesak. Kita akan jadi keliru dalam bercinta. Kita nak bahagia ngan pasangan kita sekarang tapi kita asyik ingat orang lama. Tak adillah untuk orang baru. Sedangkan, orang lama tu hanya wujud di ingatan kita saja. Lebih baik ‘halau’ orang lama untuk memberi ruang yang lebih besar pada ‘orang baru’. Dari mesej yang diterima, awak ada dua kekecewaan. Nak melupakan dengan cepat tu boleh, tapi awak perlukan semangat yang kuat digabung dengan rasa bahagia yang amat kuat. Carilah pengganti cepat-cepat supaya awak boleh bahagia. Dari rasa bahagia tu, moga ia dapat memadam kepahitan-kepahitan di masa lalu, memadam sedikit demi sedikit, satu persatu. Tiap kali awak kesunyian, awak akan teringat balik orang lama. Carilah cepat-cepat pengganti yang baru sebagai pengelak pada kesepian.
|
|
Category:
Motivasi
Tips 1: Bersangka baik dengan sikap panas barannya. Biasanya bos yang panas baran ni dia orang yang “high expectation”. Citarasanya tinggi. Dia agak cerewet. Sepanas-panas baran dia tu, kat dalam hati dia sebenarnya baik, cuma cakapannya kekadang sedikit kasar kerana emosinya sensitif pada perubahan situasi disekitar tempat kerja. Sebab tu asal ada saja yang tak kena, dia akan cepat melenting. Untuk mengambil hati seorang bos yang panas baran, Anda perlu mencapai ekspektasi yang dimahukannya. Anda kena tunjukkan dia kerajinan Anda, professionalisma Anda juga kecekapan Anda bekerja supaya dia sedar yang Anda akan kelebihan tersendiri. Berikan dia idea-idea bernas dari kepala Anda. Beranikan diri memberi pendapat di kala rakan-rakan sekerja Anda teragak-agak untuk mengutarakan pendapat mereka. Stand out from the crowd! sikap panas baran tu jika dipandang dari sudut lain sebenarnya mendesak Anda untuk memajukan diri sendiri supaya prestasi Anda sama seperti prestasi cemerlangan yang dimahukan oleh bos Anda. Tips 2: Dalam dia marah-marah tu, mesti ada waktu untuk dia ‘cool’ seketika. Orang yang panas baran ni, hatinya tetap baik. Bawa dia bercerita pasal family, anak-anak, ahli keluarga dia, majlis-majlis tertentu, sukan rekreasi yang dia selalu main dan bawa dia bercerita tentang kisah hidupnya. Seorang bos akan merasa bangga apabila ada staff dia yang nak tahu cemana dia berjaya hingga dapat memegang jawatan sekarang ini. Sudah tentu dia akan menceritakan pengalamannya dengan senang hati. Bila dia sudah senang hati, mudahlah untuk Anda berdepan dengannya bila-bila masa. Anda boleh dekati dia. Dia juga akan merasa selesa berdekatan dengan Anda.
Tips 3: Bila bos Anda marah Anda, biarkan saja dia marah Anda semarah yang dia boleh marah. Orang panas baran ni dia ada perasaan sakit hati pada situasi-situasi tertentu dalam hidup. Semua perasaan sakit hati tu terkumpul lama dalam ingatannya. Makin lama makin menambah, makin membanyak. Mugkin dia ada masalah kewangan, masalah perhubungan atau simply merasa tertekan dengan timbunan kerja. Bila dia ada peluang untuk marah, dia akan lepas semua perasaan sakit hati yang terkumpul. Apabila Anda berdepan dengan bos yang pemarah, panas baran dan cepat naik marah, biarkan saja dia marah selagi mana dia marah. Beri dia peluang untuk lepas kesemua yang terbuku kejap di hatinya. Dia gunakan kemarahan pada anda sebagai cara untuk dia lepas geram. Elak untuk memberi apa-apa respon pada kemarahannya. Lama kelamaan bila marahnya sudah reda, bila geramnya dah hilang power dia akan menjadi seseorang yang amat baik. Masa nilah Anda boleh gunakan untuk mendekati dia. Pastikan suasana ketika itu sunyi, bebas dari apa jua gangguan. Beritahu bos Anda yang Anda faham dengan situasi-situasi sukar yang dihadapi olehnya. Pasti hatinya luluh dengan keikhlasan Anda. Bos Anda akan menganggap Anda seorang kakitangan yang boleh dipercayai. Selepas itu, setiap kali Anda berdepan dengannya atau duduk berhampiran dengannya, Anda akan merasa selesa – tak ada takut-takut atau segan-segan. Setiap orang yang kena marah memang akan susah melupakan rasa kemarahan itu, melainkan kita anggap yang kita sedang memberi peluang kepada bos kita untuk melepaskan tekakan yang dah lama terbuku di hatinya, seperti yang dikatakan tadi. Inilah cara untuk kita tahan kena marah. Bersangka baiklah dengan kemarahannya.
|
Cinta….Aapa yang korang semua faham tentang cinta ? bak kata lagu indonesia…ada apa dengan cinta ?…best sangat ke ceritera cinta ini ? hingga boleh dikatakan setiap hari…lagu2 yang didendangkan di stesen radio malaysia adalah berkisar tentang cinta nan satu..hari hari cinta,..apakah definisi bagi cinta ? mari kita kupas satu persatu apa yang sering disinonimkan dengan cinta… 
Aada orang Kata cinta Itu Komitmen :- Tak bolehlah nak bergaduh, paksa-paksa dan mengabaikan tanggungjawab pada pasangan. Untuk yang dah berkahwin, nafkah wajib dipenuhi. Amanah sebagai suami isteri kena ditunaikan sebaiknya…indahnya Cinta… Aada orang Kata cinta Itu Naluri:- Cinta yang terbit dari hati bak sang mentari terbit dari ufuk Timur… Bercinta yang hangat bila kita dapat merasai apa yang dirasai oleh orang yang kita sayang…teringinnya berperasaan begini… Jika taknak disakiti, kita tak menyakitkan hati orang lain. ..Jika nak disayang, kita akan memberi kasih sayang seluhurnya. …indahnya Cinta.. Aada orang Kata cinta Itu Fitrah:- Ibarat Cinta Adam dan Hawa…Nabi Adam dicipta, baginda rasa kesunyian. ..Allah S.W.T ciptakan Hawa sebagai peneman… Rasa ingin disayanagi dan menyayangi tu fitrah manusia…. Yang perempuan minat pada seorang lelaki. …Ada lelaki jatuh cinta pada seorang wanita. ..Cinta itu benar dan suci….Cinta inilah yang setiap Insan dambakan termasuk aku….  ….itu Baru sekelumit maksodnye Cinta…Cinta..Cinta…Cinta…indahnya Cinta… Namun Jika CInta itu dipaksa…akan hilanglah sifat neautral percintaan…Cinta haruslah terbit dari hati sanubari…Cinta haruslah di pujuk…di rayu…agar ia terbit secara semulajadi ibarat sang mawar mekar berkembang….inilah yang dinamakan fitrah cinta …dan cinta inilah yang selalunya didambakan oleh setiap insan ….Termasuk Aku….. Janganlah Merebut Cinta dgn paksa….rebutlah ia dgn cara fitrah….jangahlah kamu merebut cinta dengan sihir…sesungguhnya cinta dari sihir…jika membawa ke gerbang perkahwinan merupakan cinta dari syaitan…cinta dari syaitan itu tidak kekal…
|
|
Category:
KONGSI BERSAMA
Sebab Kenapa CInta Lelaki Ditolak 
Apa Kabar semua~… dah lama xupdate blog neh dgn entri yg baru….ok kali neh mari sama2 kita tengok…kenapakah cinta seorang lelaki itu ditolak…sama-samalah kita kaji….. yang kat bawah ni merupakan sebab-sebab mengapa kaum wanita menolak cinta seorang lelaki….sama2 kita teliti satu persatu…mari~!!
1. SUSAH SANGAT NAK KATA “I LOVE YOU” DAN EGO
- Bagi aku la kan…mmg susah betol nak ucap I luv U ni.. bukan senang ooo takot la jugak kalau kena rejek…tapi kata orang..kalau kita tak lafazkan…mana lah nak tahu respon dari awek tersebut..ye tak ? mana tau kalau dia pon syok kat kita…
xke melepas ? keke.. tapi mmg susah la nak ckp i love u nihh… -.-” xtau la kenapa… any advice ? - ok bagi bab ego plak…mmg dikalangan kaum wanita akan ckp lelaki ni ego la..bla bla bla…. tapi bagi aku…kalau lelaki tu ego…asal wanita tu xpropose jek si lelaki itu..? ke wanita pon ego gak ? haha
..jawab2 2. KATA SAYANG TAPI TAKDE PULA DIA TUNJUK YANG DIA BETUL-BETUL SAYANGKAN KITA. - Hmm… camne pula nak tunjuk kita betol2 sayang kat awek eh ? ada sapa2 boleh tolong jawab ?…kaum wanita pon bley jawab..di harap dengan ini dapat membantu kami kaum lelaki menunjukkan tanda sayang seperti yang diharapkan oleh wanita~
 3. KATA SUKA, TAPI JARANG SEKALI DIA TELEFON TANYA KHABAR. - utk sebab ini…kalau lelaki jarang tepon tanya kabar…mungkin dia bizi dgn kerja…. ataupon mungkin dia terlupa… tapi kaum wanita pon haruslah memaenkan peranan dengan membuat misskall pada si DIa.. xpon telipon jek si dia…xsalah kan ?… dari asyik menunggu panggilan..pastu kalau si Dia Xcall..mula la nak frust la…memacam la lagi… hehe… kan ke Cinta itu hubungan 2 hala…kalau asyik dia jek call..mungkin dia pon frust gak..dan sekali sekala harapkan panggilan dari kamu..wahai kaom wanita… betol tak ?
 4. SUKA TUNJUK GAGAH - bagi pendapatan aku… normal bagi kaom lelaki menunjukkan kegagahan dan dengan harapan membuatkan kaum hawa terpikat dengan mereka
… tu pendapat aku…kalau xsetuju sila tinggalkan komen  5. KEDEKUT - Mungkin dia benar2 sesak….dan mungkin dia sedang menyimpan duit utk membelikan kamu hadiah di sempena hari lahirmu yang bakal menjelang~
 6. TIDAK PEKA DAN ALFA - Mungkin dia inginkan perhatian dari kamu kaom wanita…dia berpura2 tak endah dengan kamu…dengan harapan kamo akan bertanyakan kepadanya ada apa yang tidak kena dengan dia…
..xsetuju sila tinggalkan kumen hehe  7. BERAT MULUT (PENDIAM SANGAT) - Mungkin dia nak jadi seorang pendengar yang setia…mendengar masalah kaom wanita …dan cuba untuk menyelesaikannya mungkin…
- dari pandangan aku..mungkin Lelaki itu tiada idea utk memulakan bicara….dan tugas anda kaom wanita…ransangkan lah tajuk perbualan anda dgn topik2 menarik…
( bukan perbualan lucah k..mentang2 aku gunakan perkataan ransang…jgn salah anggap plak -.-” ) 8. BUAT APA DIA SUKA TANPA MELIHAT KESESUAIANNYA PADA PERSEKITARAN. - Jika ini berlaku… bagi kamu kaom wanita..tegurlah si DIa…mana tahu dia mungkin xterpikirkan tentang kesusaiannya tetapi terlalu ghairah nak menunjukkan danberkongsi apa yang dia suka dengan kamu…
9. TERLALU PANAS BARAN DAN KAKI LUKU - ini…aku pon xtahu nak komen mcm mana…..hmmm.. Kalau yang ada Bf camni…time2 dia tgh hot tu..xyah la pergi merengek kat dia…nak ngada2 dgn dia…..pendapat aku jek la…. kalau ada komen sila tinggalkan kat bawah.. terima kaseh
 10. PERFECTIONIST - aku xtahu nak komen mcm mana…ada sesiapa nak komen pasal perfectionist ni ?

|
|
Category:
KONGSI BERSAMA
Ciri-Ciri Lelaki Yang Tak Best Langsung
Dah ada dua GF, tapi menggatal lagi Bila korang tegur “weh ko kan da ada awek, takkan nak pasang lagi” dia siap cakap “ala boleh jadi yang ketiga” caihh! lepas tu kalau bab kawen mula lah cakap pasal sunnah nabi kan, padahal dia sendiri pun tak mampu nak tanggung bini-bini dia. Bini dia yang tanggung dia. Sebab tu lah pasang sampai 4. Supaya menambah keyakinan dia disara bini-bini 4 orang. apa ke nama laki macam ni. Dia je lah yang betul! Geng ni mensakitkan hati dan naluri aku. Memang dia je lah yang betul.. Kau bagi lah hadith ke, apa2 bukti kukuh yang korang betul. takde takde dia tetap betul. Korang mana pernah betul. Kalau korang share status kat profile FB korang, ada je lah muka dia sekali nak comment, comment bajet macam betul pulak tu..dia keluar ayat sastera, padahal korang lagi tahu diri korang daripada dia. sakit hati kan? Kuat mengutuk Bab kutuk dia lah no 1. nak kutuuuuk je keje dia. perempuan ke lelaki ke.. semua dia tibai. ni pun sebenarnya ketegeri bajet hebat jugak..tp 20% lagi teruk. Kadang2 dia kutuk lelaki lain depan korang macam konon dia tu macho gila lah. Merendah2 kan korang Korang bertungkus lumus kerja..korang mungkin software engineer kat pejabat korang. Dia cakap korang tahap2 kerani je. Lepas tu dalam bab memberi informasi dia selalu ingat korang tak tau apa2. Poyo Geli aku kalau dah poyo sangat. kalau bab dressing, erkk kuasa dua nak muntah dengan ray -ban tak macam ray-ban. dengan kolar baju terangat..jalan terhencot2. kalau bercakap pun cover hensem.. cool dude cool…. Blur kalau blur sangat pun susah. Dia nak buat apa pun dia tak tau. nak pegi mana pun dia tak tau. kalau keluar makan, nak makan apa pun tak tau. dah tu semua nya tak tau. BOSAN. Jangan risau, dia susah nanti dia cari korang tapi kalau korang susah, korang nak cari dia pun tak tau kat mana nak cari. Berkepit je keje Kadang2 korang rasa geram, macam lah korang gantung handphone kat leher. SMS= WAJIB BALAS! CALL= WAJIB ANGKAT! ko tengok, wajib tu. berdosa besar tak buat. suka suka hati je. hadui! susah lah macam ni. mau 4 hari merajuk kalau tak balas. tu belum masuk bab korang tak balas ‘i love u toooo’ mau dia hantar sms ugutan nak tinggal korang atau buat ayat sedih 5 harakat. Kadang2 kalau manja sangat, si GF rasa macam dia pulak BF. Syok sendiri Kalau call dia cerita pasal diri dia je. Korang memang takde chance nak bercakap. Kiranya kalau geng macam ni call korang, korang boleh letak phone bawah bantal.. atau buaat loud speaker pastu korang pegi lah memasak, tengok tv. pastu korang datang balik.. dengar dia tak habis cakap lagi. Tak faham2 bahasa Korang taknak kawan dengan dia..atas sebab2 tertentu..mungkin gabungan faktor2 di atas tapi dia naaaak sangat. korang taknak lah bagitau the truth macam ‘kitew sebenarnyew tak sukew kawan dengan awaq’ tapi korang takut dia kecik hati pegi bunuh diri, atau pegi santau korang. Jadi korang tak layan sms dia, call dia. tapi dengan tanpa kemaluan dia sungguh tidak malu siap mintak alamat rumah korang nak datang beraya nanti katanya. dah berbulan tak pernah layan pun dia masih tanpa segan silu kental jiwa dan raga nak berkawan katanya. susah.
Belagak alim Selepas dia banyak baca kat belog2 ataupun comment artis2 nak suami yang BERIMAN. semenjak tu lah dia sungguh beriman..tapi beriman mulut je. Dia sembahyang..tapi sembahyang jumaat je lah.. tu pun kalau dia rasa rajin.. Panas baran Risau aku dapat laki panas baran. satni dia bagi pelempang. terbang aku. rasa2 dia ni ketegeri mana?
|
« Contoh Orang Bodoh dan Tak Tahu Malu! 30 Perkara Mengenai WanitaDahsyat sungguh pompuan ni…banyak perkara yang mana perempuan lebih suka difahami secara tersirat. ye ke tak sempat bagitau?silakan baca. 1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya. 2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf. 3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan). 4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain. 5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!! 6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian. 7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja. 8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan. 9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka. 10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna. 11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita. 12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut. 13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan. 14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam. 15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu. 16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya. 17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!! 18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal. 19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta. 20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri. 21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!! 22. Satu ucapan ‘Hi/Assalamualaikum’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya. 23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui. 24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik. 25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi. 26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.. 27. Senjata wanita adalah airmata!! 28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu. 29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah… 30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa. Note: tidak semestinya 30 perkara diatas semuanya wujud dalam diri setiap wanita..tapi zaman sekarang ni lelaki pun ramai yang ‘apply’ perkara-perkara diatas tu . 
|
~ Planet yang paling panas ialah Zuhrah. Suhu permukaannya ialah 462 darjah Celcius ~ Makanan yg paling digemari oleh lipas ialah gam yg berada di belakang setem ~ Beethoven iaitu seorang penggubah beberapa susunan muzik klasik terbaik di dunia sebenarnya adalah seorang yang pekak ~ Ubat gigi jenama Colgate mula diperkenalkan di Perancis dengan nama Cue, mengambil sempena nama sebuah majalah lucah. ~ Perkataan ‘Good-bye’ asalnya dari perkataan ‘God be with you’ ~ Dalam rekod kajian di The Faculty of Homeopathy Malaysia (FAHOM) seorang lelaki Melayu mampu melakukan seks sebanyak 9 kali dalam masa 24 jam. ~ Semut mempunyai otak yang paling besar dalam alam haiwan, jika dibandingkan dengan nisbah saiz badannya. ~ Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap tahun. ~ Mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling banyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasa dan senang dibiakkan untuk makanan. ~ Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv. ~ terdapat banyak telefon di Washington D.C mengalahkan penduduk penduduknya. ~ Semasa pemerintahan Kublai Khan, orang-orang Cina menggunakan singa untuk berburu. Mereka melatih singa untuk mengejar dan menangkap haiwan liar termasuk seladang serta beruang. Singa tersebut akan terus berada di samping binatang yang dibunuhnya itu sehingga pemburu sampai. ~ Seni membuat peta telah wujud lebih awal berbanding seni tulisan. Sebelum mengenali huruf, kebanyakan masyarakat termasuk Eskimo, Red Indian dan penduduk Kepulauan Marshall melukis pelan kawasan yang sudah mereka kenali. Peta tertua yang diketahui sekarang ini disimpan di Muzium Semitik, Harvard, Amerika Syarikat. Ia adalah kepingan tanah liat yang dibuat oleh masyarakat Babilonia bertarikh 2500 SM. ~ Untuk kepentingan manusia, haiwan sentiasa dijadikan mangsa ujian dalam uji kaji sains dan perubatan. Kira-kira 30 ribu ekor monyet telah digunakan oleh pakar perubatan dan saintis sepanjang tiga tahun mereka menjalankan usaha mengenalpasti dan menjelaskan pelbagai jenis penyakit polio. ~ Dalam satu pertandingan kerja-kerja seni yang diadakan di Barcelona Acadeny of Arts, para pelajar diberi diberi masa sebulan untuk menyiapkan hasil kerja masing-masing. Pablo Picasso yang ketika itu berusia 15 tahun menyiapkan peperiksaan itu dalam masa sehari sahaja dan dia memenangi tempat pertama, menewaskan peserta-peserta yang lebih dewasa daripadanya. ~ Ia mengambil masa selama 5 bulan untuk memberitahu Ratu Isabella mengenai pengembaraan Columbus dan 2 minggu bagi masyarakat Eropah untuk mengenai tentang pembunuhan Presiden Amerika, Abraham Lincoln. Bagaimanapun, hanya 1.3 saat sahaja diperlukan untuk manusia menerima kata-kata pertama dari angkasawan Neil Amstrong bahawa manusia boleh berjalan di atas permukaan bulan. ~ Orang yang pertama menjejakkan kaki di benua Antartika adalah pelayar Amerika bernama John Davis. Dia melakukannya pada 7 Februari 1821. Namun demikian, dia tidak mendapat sebarang pengiktarafan semasa hayatnya kerana kejayaannya itu cuma diketahui umum pada 1955 apabila buku log kepalnya dijumpai dan diteliti. ~ Dr James Barry, wanita menyamar sebagai lelaki menjadi jeneral dalam tentera Ratu Victoria. Dr Barry menyertai pasukan perubatan tentera, berkhidmat selama 40 tahun sebagai doktor bedah dan juga ketua penyelia kepada beberapa buah hospital. Dalam tempoh itu, dia dikenali sebagai Dr James Barry, seorang lelaki. Jantina sebenar beliau hanya diketahui pada 1865 apabila dia meninggal dunia. ~ Jerung adalah binatang berbahaya, malah sebelum ia ia dilahirkan lagi. Saintis Stewart Springer telah digigit oleh satu embrio jerung pasir semasa beliau sedang memeriksa ibu jerung tersebut yang sedang hamil. ~ Maharaja Keempat Moghul, Jahangir yang memerintah dari 1605 hingga 1627 mempunyai 300 orang isteri, 5,000 gundik, serta 1,000 anak muda untuk “menghiburkannya” . Di luar istana Jahangir, dia memelihara 12,000 ekor gajah, 10,000 ekor sapi, 2,000 ekor unta, 3,000 ekor rusa, 4,000 ekor anjing, 100 ekor singa jinak, 500 ekor kerbau dan 10,000 ekor burung merpati. ~ Benua Antartika meliputi kawasan seluas 14 juta km persegi. Jika India dan Cina dicantumkan, keluasan ityu masih gagal menandingi kawasan benua beku itu. 90% kawasan itu pula dilitupi ais dengan ketebalan kira-kira 2 km. Manakala keluasan litupan ais pula adalah 30 juta meter persegi. Jika semua ais di Antartika cair, paras laut akan naik mendadak di antara 50 – 60 meter yang akan menenggelamkan sebahagian besar muka bumi. ~ Jutawan Microsoft, Bill Gates serta keluarganya berpindah ke kediaman baru mereka berhampiran Seattle, Amerika. Rumah yang menelan kos US$50 juta itu dilengkapi pelbagai peralatan elektronik canggih. Antaranya penghuni boleh mengawal suhu yang dikehendaki dalam rumah dengan menggunakan sejenis pin khas yang hanya dilekatkan di kocek baju. ~ Senjata biologi menjadi kegemaran di kalangan kuasa besar kerana kosnya yang amat murah. Misalnya mereka hanya perlu membelanjakan US$1 untuk memusnahkan kawasan seluas satu kaki persegi berbanding US$600 menggunakan senjata kimia US$800 senjata nuklear atau US$2,000 dengan senjata konvensional. ~ Mezzofanti mampu bertutur dalam 50 bahasa dan telah menterjemahkan hasil karya yang ditulis dalam 114 bahasa. ~ Wanita-wanita dari keturunan Pigmy di Lembah Congo, Afrika amat takut jika suami mereka terpikat dengan wanita-wanita lain. Bagi mengelakkan suami digoda oleh wanita lain, setiap isteri bertindak mengawal suami mereka dengan mengukir nama mereka di dahi suami masing-masing. Lantaran itu, sudah pasti suami mereka tidak lagi miang untuk mendekati wanita lain kerana nama isteri mereka sudah terpahat di dahi. ~ Ais krim adalah makanan yang menjadi kegemaran kanak-kanak. Namun begitu, tidak ramai yang mengetahui siapakah yang mula-mula menemui cara-cara membuat ais krim. Sebenarnya orang yang mula-mula menemui cara membuat ais krim ialah seorang lelaki berbangsa Perancis bernama Gerald Tissain dalam tahun 1620. Selepas penemuan tersebut, maka lahirlah pelbagai jenis perasa ais krim yang cukup melazatkan sehingga ke hari ini. ~ KIBBER adalah sebuah perkampungan kecil di kawasan bukit yang berpasir di Himachal Pradesh, India. Ia menjadi sebuah perkampungan tertinggi di dunia. Walaupun Kibber terletak di paras ketinggian 4,205 meter, namun ia menjadi sebuah perkampungan selesa walaupun di musim sejuk kerana kawasan tersebut mempunyai kemudahan asas yang lengkap bagi kegunaan penduduk di situ. Kibber sebuah perkampungan yang tidak boleh dianggap mundur dan daif sebaliknya akan menakjubkan dan menggamit hati setiap pengunjungnya. Walaupun ia berada di puncak gunung di sana tetap terdapat bekalan elektrik, jalan raya untuk kenderaan bermotor, sekolah dan pejabat pos serta klinik. ~ Adalah dianggarkan sebanyak 240 juta dolar dibelanjakan setiap hari untuk perbelanjaan membeli rokok di seluruh dunia. Pada masa sekarang industri rokok mencatatkan jualan tahunan di antara 85 – 100 billion dolar. Jumlah tersebut adalah menyamai satu per empat peruntukan pembelian senjata dunia. ~ Taj Mahal merupakan salah satu binaan yang terkenal di dunia yang dibina semata-mata bagi mengabadikan sebuah cinta yang suci seorang suami terhadap isterinya. Taj Mahal yang terletak di Agra, Uttar Pradesh, India adalah sebuah monumen tinggalan Kerajaan Moghul. Bangunan cantik tersebut diseliputi oleh batu marmar putih berkilauan. Di dalam bangunan tersebutlah bersemadinya permaisuri Maharaja Shah Jehan, Mumtaz Mahal. Shah Jehan amat menyintai isterinya lantas memerintahkan agar Taj Mahal dibina sebagai tanda cinta setianya kepada Mumtaz. Pembinaan Taj Mahal yang mengambil masa sehingga dua puluh tahun itu berjaya disiapkan pada 1653. Pembinaannya juga telah melibatkan ribuan tenaga buruh. ~ Pemimpin negara China yang terkenal dan diagung-agungkan oleh rakyatnya, Deng Xioping sebenarmnya mempunyai rahsia tersendiri bagaimana beliau berjaya mengekalkan kesihatan sehingga umurnya menjangkau lebih dari 90 tahun. Xioping menyatakan rahsia tersebut adalah amalannya mandi air sejuk dan bermain terup. ~ Seorang sherpa dari Nepal, Ang Rita telah berjaya mendaki hingga ke puncak gunung tertinggi, Everest untuk kali yang kesepuluh pada 23 Mei 1996. Apa yang menakjubkan ialah kesemua ekspidisi menawan puncak Gunung Everest yang dilakukan oleh Ang semenjak kejayaan pertamanya mendaki gunung tersebut pada 7 Mei 1983 tidak pernah menggunakan bekalan oksijen. Sementara itu, David Breashears dari Massachusetts, USA pula berjaya menjadi pendaki pertama yang sampai ke puncak Gunung Everest pada ketinggian 29,028 kaki dengan membawa peralatan untuk penggambaran yang paling berat. ~ Terowong semulajadi yang terletak di Kaveri di daerah Deewas, Madhya Pradesh, India merupakan terowong yang paling dalam di dunia. Kedalamannya melebihi 1,000 kaki dan lebarnya ialah 100 meter. Lubang besar semulajadi tersebut dianggap sebagai fenomena geologi yang luarbiasa. ~ Beberapa ahli sains di England yang diketuai oleh seorang embriologis di Institut Roslin, Edinburgh, Dr Ian Wilmut telah berjaya menghasilkan klon binatang dewasa yang pertama. Binatang yang berjaya diklon itu ialah seekor bebiri yang dinamakan DOLLY. Kambing tersebut adalah hasil cantuman tetek ibunya. Ini menyebabkan hasil kambing klon itu seiras dengan ibu kambing tersebut. ~ Seorang wazir agung Parsi, Abdul Kassem Ismael telah memiliki perpustakaan bergerak pada abad ke-10. Buku-bukunya yang berjumlah 117,000 buah terpaksa dibawa oleh 400 ekor unta yang terpaksa bertatih menyeberangi padang pasir ke mana sahaja di pergi. ~ Darah akan memancut apabila kulit seseorang luka, samada ditikam atau ditembak. Keadaan ini berlaku kerana jantung menghasilkan tekanan yang cukup kuat kerana ia berupaya mengepam darah pada kadar 10 meter. ~ Kamera paling awal dicipta memerlukan seseorang beraksi selama lapan jam di depan kamera itu sebelum gambar dapat dirakamkan. ~ Jika anda lemparkan sekeping syiling sebanyak 10,000 kali ke udara, anda akan mendapati gambar bahagian `kepala’ sebanyak 4,950 kali berbanding ekor. Keadaan ini berlaku kerana setiap syiling lebih berat di bahagian `kepala’. ~ Bendera Union Flag hanya dikenali di Britain sahaja. Tetapi nama itu berubah menjadi Union Jack di kalangan negara Komanwel selepas ia dibawa keluar dari negara itu. ~ Kesebelasan pemain bolasepak Bulgaria yang menyertai pertandingan akhir Piala Dunia 1994 di USA berakhir dengan huruf `ov’. ~ Usus manusia menghasilkan satu lapisan lendir (mukus) pada setiap dua minggu. Jika tiada lapisan baru terbentuk, kerana penyakit atau sebagainya, pelbagai asid yang dihasilkan oleh perut akan melukakan lapisan usus. ~ Chimpanzee kelihatan mempunyai lebih banyak rambut daripada manusia. Sebenarnya binatang itu mempunyai bilangan rambut yang sama cuma lebih lebat. ~ Dianggarkan berjuta-juta pokok di dunia ditanam secara tidak sengaja oleh tupai yang menyembunyikan biji benih kacang dan kemudian terlupa tempat mereka menanamnya. ~ Sebanyak 50,000 perkataan digunakan oleh Ernest Vincent Wright untuk menghasilkan novel GADSBY. Tetapi tiada satu pun perkataan dalam novel itu yang mempunyai huruf ‘E’. ~ Huruf yang paling kerap digunakan dalam bahasa Inggeris adalah E manakala Q adalah huruf yang kurang digunakan. ~ Pencungkil gigi adalah objek yang biasanya menjadi punca rakyat Amerika Syarikat mati tercekik. ~ Setiap 45 saat, sebuah rumah dijilat api di U S A. ~ Laut Merah di Asia Barat mendapat namanya daripada warna alga merah di permukaannya. ~ Stesen kuasa atom pertama di dunia telah dibina di Obinsk berhampiran Moscow dan memulakan operasinya dalam tahun 1954. ~ Sudan di Afrika dikelilingi lapan negara iaitu Mesir, Libya, Chad, Republik Afrika Tengah, Zaire, Uganda, Kenya dan Ethopia. ~ Matahari adalah 330,330 kali lebih besar daripada bumi. ~ Terdapat lebih 50,000 gempa bumi di seluruh dunia setiap tahun. ~ Corak di hidung anjing digunakan sebagai pengenalan seperti cap jari pada manusia. ~ Lembu adalah haiwan yang buta warna; oleh itu ia akan mengejar apa saja yang dikibarkan di depan matanya oleh matador samada kain merah atau kuning. ~ Epal lebih berkesan daripada kafein untuk membuatkan seseorang itu mudah bangun pagi. ~ Menghidu (bukan makan) pisang atau epal hijau boleh membantu mengurangkan berat badan. ~ Purata berat seketul bongkah ais (iceberg) adalah 20,000 tan. ~ Air Terjun Angel di Venezuela (Amerika Selatan) yang tingginya 988.31 meter adalah air terjun tertinggi di dunia dan lapan belas kali lebih tinggi daripada Air Terjun Niagara. ~ Separuh daripada tulang dalam badan manusia terdapat di pergelangan tangan, buku lali, tangan dan kaki. ~ Litar motosikal di Piccola Madonie di Sicily, Italy mempunyai 9,350 selekoh bagi pelumbanya. ~ Otak manusia mempunyai 1,000 juta sel. Setiapnya bersambung kepada sekurang- kurangnya 10 sel berlainan untuk berbagai-bagai fungsi. ~ Semasa tidur, satu perempat daripada tenaga badan pergi ke otak kerana keaktifan 10,000,000,000 sel saraf perlu dipelihara. ~ Berat otak manusia hanya dua peratus daripada berat badan tetapi ia menggunakan 25 peratus oksijen yang disedut semasa berehar atau tidur. ~ Air liur manusia dikatakan sangat mujarab untuk mengubati luka di kulit atau terbakar. ~ Wanita pertama yang mendapat hak mengundi adalah dari New Zealand. ~ Kulit yang menyaluti seluruh badan manusia dianggarkan berukuran 18.5 meter persegi. ~ Ulat sutera boleh memintal benang sutera sehingga 86,000 kali berat badannya dalam masa 56 hari. ~ Badan akan kehilangan haba sehingga 23 kali lebih lama dalam air berbanding udara dalam suhu yang sama. ~ Kucing tidak boleh merasa rasa manis. ~ Pepatung hanya boleh hidup selama 24 jam sahaja. ~ Lalat bergerak ke belakang ketika mula-mula terbang ~ Darah manusia mengalir sejauh 96,540 km setiap hari. ~ Nama paling panjang di dunia ialah ‘Adolp Blaine Charles David Earl Frederick Gerald Hubert Irvin John Kenneth Lloyd Martin Nero oliver Paul Quincy Randolph Shermasn Thomas Uncas Victor William Xerxes Yancy Zeus Wolfeschlegelsteinh ausenbergerdorft Senior ~ Pemain bolakeranjang Micheal Jordan menerima bayaran tahunan dari syarikat kasut Nike lebih banyak dari keseluruhan gaji pekerja kilang Nike di Malaysia. ~ Purata setiap wanita menggunakan 6 paun gincu sepanjang hidupnya. ~ Bagi setiap seorang manusia, ada satu juta semut ~ Mengikut buku Guiness Book of Records, restoran yg menyediakan hidangan terpantas di dunia ialah restoran Karne Garibaldi di Guadalajara, Mexico. Pesanan makanan anda akan sampai dalam masa 13 saat. – kat malaysia boleh tidur dulu lepas order, dan kekadang kita order dulu orang lain yg kemudian order dapat dulu. ~ Angkasawan Neil Armstrong mula menjejakkan kaki di bulan dengan kaki kiri ~ Menghantuk kepala anda ke dinding akan membakar kalori sebanyak 150 sejam ~ Kira-kira 17% manusia adalah tangan kidal. Sama seperti gorila dan chmpanzees. ~ Secara purata, seseorang manusia menelan 8 labah-labah sepanjang hidupnya. ~ Purata setiap orang bermimpi 1,460 kali setahun ~ Berat bumi ialah 6,588,000,000, 000,000,000, 000,000,000 tan ~ Apabila gelas pecah, kelajuan serpihannya yang berterbangan ialah 427 km sejam. ~ Bersin anda dikeluarkan dengan kelajuan 161 km sejam. ~ Kepulauan Falkland mempunyai jumlah penduduk seramai 2000 orang, tetapi jumlah kambing biri-biri di negara itu ialah 700,000 ekor. Nisbahnya 1 orang – 350 kambing. ~ Manusia bergayut di talipon purata 2 tahun dari sepanjang hidupnya ~ Lagu kebangsaan yang paling pendek ialah Jepun dengan hanya 4 baris perkataan.
|
|
Category:
KONGSI BERSAMA
Fakta-Fakta Mereng!Tahukah Anda!!! 1. Tahukah anda?..Apabila kita membuang air kecil, badan kita akan menjadi sejuk kerana telah melepaskan haba melalui bahan kumuh. Jika kita men’gencing’ orang lain, maka haba akan terlepas dari badan orang itu lalu kita akan dilempang olehnya. 2. Percayakah anda?..Wanita mengelipkan mata dua kali lebih kerap daripada lelaki dan jantung wanita juga berdegup lebih laju berbanding jantung lelaki. Tapi percayakah juga anda bahawa, lelaki selalu ada dua mata air dan jantung mereka juga berdegup dengan lebih laju jika diketahui oleh isteri. 3. Terdapat kira-kira 3,000 spesis pokok dalam setiap kawasan seluas 1.6 km persegi di hutan Amazon dimana jika seseorang bernama Amran memasuki kawasan itu, beliau berkemungkinan akan tersesat selama 3,000 jam jika tidak membawa kompas. 4. Uri Geller, ahli psikik terkenal yang dilahirkan pada 20 Disember 1946, mengatakan bahawa kebolehan luar biasa yang dimilikinya itu berasal dari planet Hoova dan kadangkala dia juga memekik sambil mengatakan yang dia adalah seorang Ultraman!. 5. Tahukah anda?..Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya. Tetapi ini tidak bermakna baki 90% lagi perlu dibuang kerana jika dibuang sudah terbuktilah manusia itu dari jenis yang tidak ada otak!!. Baca lagi untuk fakta-fakta yang boleh buat anda mereng. 6. Apabila marah, Tasmanian Devil (sejenis haiwan yang hidup di pulau Tasmanian, selatan Australia) akan bertukar warna menjadi kemerah-merahan. Bila Makcik Leha marah, wajahnya juga akan bertukar menjadi kemerah-merahan padahal mereka bukanlah dari spesies yang sama. 7. Gelas kaca pecah dengan kelajuan 4,827 km/j. Pecah Kaca, Pecah Gelas, Sudah Baca Harap Balas pula ialah ayat yang selalu diguna oleh budak-budak sekolah ketika bercinta. 8. Tahukah anda?..Otak kita mengandungi 80% air. Walaubagaimanapun..seseorang yang sudah lama tidak membuat hubungan kelamin bersama isteri akan mengalami satu sindrom yang berkaitan otak iaitu sindrom ‘masuk air’. 9. Tahukah anda?..Belang yg kita lihat pada harimau bukan sekadar pada bulunya tapi pada kulitnya. Belang pada lelaki berhidung belang pula bukan sekadar pada hidungnya, tapi juga pada bulu hidungnya. 10. Tidak ada satu pun perkataan yang bermula dengan huruf ‘W’ dalam bahasa Sepanyol. Sementara itu, hanya terdapat 12 huruf dalam bahasa Hawaii iaitu A,E,H,I,K,L,M,N,O,P,U dan W. Untuk pengetahuan juga, didalam Bahasa Inggeris dan Melayu mesti menggunakan ke semua huruf dari A-Z kecuali yang buta huruf kerana mereka tidak tahu membaca. 11. Hanya ada empat perkataan sahaja dalam bahasa Inggeris yang berakhir dengan bunyi-’dous’ iaitu tremendous, horrendous, stupendous dan hazardous. Ini membuatkan seseorang yang bernama Fidaus berasa bangga sekejap. 12. Tahukah anda?..Di negara Norway, terdapat sebuah tempat di panggil Hell (neraka) manakala kalau kita berbuat jahat selalu, tempat yang kita akan pergi juga bernama Hell. 13. Menurut kajian ahli sains, secara puratanya, kita akan berhenti bercakap setiap tujuh minit. Tetapi menurut seorang ahli sains yang lain yang bisu sejak lahir, secara puratanya, dia tidak boleh langsung bercakap seumur hidupnya. 14. Siapakah Thomas Mapother?? Lelaki itu adalah pelakon tampan, Tom Cruise, sebelum dia menukar namanya. Siapakah pula Latiff Sufian?? Lelaki itu pula ialah cuma seorang tukang kebun di Sekolah Rendah Kampung Kerinchi. 15. Untuk mengekalkan suhu sejuk, burung unta akan mengencingkan kakinya sendiri supaya ia akan berasa sejuk apabila air itu menyejat. Anda juga boleh berbuat demikian jika hendak berbau hancing. 16. Dipetik dari kenyataan sebuah majalah, tembakau membunuh lebih ramai rakyat Amerika (seramai 450,000 orang) setiap tahun berbanding alkohol, kokain, heroin, homisid, bunuh diri, kemalangan kereta, kebakaran dan AIDS. Untuk menyembunyikan rasa takut dikalangan orang-orang kaya pula, majalah tersebut tidak berani untuk mengatakan bahawa tembikar yang di beli dengan harga yang mahal juga mampu membunuh jika dihentak dikepala dengan kadar yang kuat. 17. Tomato dan Timun adalah buah-buahan ya, bukan sayur. Taugeh dan Sawi pula ialah nama samaran pelukis majalah kartun Ujang ya, bukan Utopia. 18. Agensi keselamatan antarabangsa mengatakan jangan takut untuk menaiki kapal terbang kerana ia merupakan alat pengangkutan yang paling selamat. Ia jauh lebih selamat berbanding motosikal, bas, kereta api dan kereta. Akan tetapi agensi itu mungkin terlupa akibat jikalau kapal terbang itu terhempas ke atas jalanraya dan menimpa semua orang yang menaiki kenderaan yang disebut tadi adalah kebarangkaliannya akan hancur lebur. 19. Jangan terkejut, kalau diceraikan satu per satu dan kemudian disusun semula, seluruh batu yang terdapat pada Tembok Besar China, cukup untuk mengelilingi bumi pada garisan khatulistiwa dengan ketinggian 2.5 meter dan jangan terkejut dengan penceraian artis-artis tempatan kerana itu semua publisiti murahan yang dapat menaikan populariti pada carta bintang paling popular. 20. Mengikut fakta, sebelum era Masihi, terdapat satu perkidmatan ‘pos laju’ menggunakan kuda di Parsi. Posmennya akan memakai pengikat kepala dan menghantar surat tersebut merentasi Asia, beratus-ratus km tanpa henti. Mengikut akta pula, seorang Posmen yang menaiki EX5 merah dari Pos Malaysia, jika selalu berhenti-henti minum kopi di kedai mamak boleh diberhentikan kerja serta-merta. 21. Dianggarkan sel kulit yang mati yang hilang sepanjang hayat kita cukup untuk mengisi lapan beg tepung seberat tiga kilogram dan tepung itu kalau di buat roti canai, rasanya amat lazat jika dimakan bersama-sama dengan kari kepala ikan. 22. Ini adalah benar, ngauman seekor singa mampu didengari sejauh 3 km kecuali orang yang pekak walaupun dia hanya berada 3 cm sahaja dari singa tersebut. 23. Permukaan bumi adalah seluas 153,295,000 km persegi manakala orang yang jauh perjalanannya sewaktu berkelana seperti Azroy dari filem Gila-Gila Remaja pula hanya mendapat luas permandangan memandangkan dia hanya mengelilingi Kuala Lumpur sahaja. 24. Tahukah anda?..Seekor lembu kentut sebanyak 200 kali lebih banyak berbanding manusia. Tetapi ini tidaklah ada apa-apa berbanding dengan kentut seorang manusia yang bernama Faizal, tidak berbunyi tapi busuk.
|
|
Category:
KONGSI BERSAMA
10 Benda Tak Dapat Dibeli Dengan Wang
DUIT, di zaman materialistik sekarang ini, semua orang mahukan duit. Orang dewasa, remaja bahkan kanak-kanak kecil sekalipun kenal dengan sekeping kertas yang diberi nama “duit”. Memang duit penting dalam kehidupan, tanpa alat tukar ini kita tidak boleh memenuhi keperluan hidup. Duit membuatkan manusia melakukan perkara yang diharamkan, manusia menjadi rakus kerana duit, manusia pecah amanah, rasuah, merompak, melacur malah membunuh manusia lain kerana duit. Kejayaan orang di zaman kini juga diukur dengan banyaknya duitnya. Tetapi walau bagaimana pentingnya duit, masih ada benda yang tidak boleh dibeli dengan duit. 1. Masa Duit tidak akan dapat mengembalikan masa yang telah berlalu. Setelah hari berganti, maka masa 24jam tersebut akan hilang dan tidak akan mungkin akan kembali lagi. Oleh itu gunakan setiap kesempatan yang ada untuk menyatakan perhatian dan kasih sayang anda kepada orang yang sangat anda sayang dan anda cintai, sebelum waktu itu berlalu dan anda menyesalinya.Begitu juga dengan tanggungjawab dengan Allah, jika kita terlepas waktu Subuh pagi tadi, ia tidak dapat ditukar dengan berapa juta pun wang untuk kembali ke waktu Subuh tadi. 2. Kebahagiaan Memang kedengaran pelik, tapi inilah kenyataannya. Duit memang boleh membuat anda merasa senang kerana anda boleh bercuti mewah, memberi laptop dengan kemudahan yang sangat canggih, atau membeli kereta dan rumah mewah 8 tingkat sekalipun. Tetapi duit tidak boleh menghadirkan sececah kebahagiaan dari dalam lubuk hati kita. Berapa ramai orang kaya yang tidak boleh tidur walaupun dalam aircond yang sejuk dan dalam bilik yang super mewah yang katilnya berharga berpuluh ribu ringgit. 3. Kebahagiaan Anak Untuk membeli makanana dan pakaian yang bagus-bagus untuk anak tercinta memang memerlukan duit. Tetapi anda tidak boleh menggunakan wang untuk memberikan rasa aman, tanggungjawab, sikap yang baik serta kepandaian pada anak anda. Hal ini memerlukan waktu dan perhatian yang anda curahkan untuk mereka dan amalan baik yang anda ajarkan. Duit memang membantu kita memenuhi aspek penjagaan, tapi waktu telah membuktikan bahawa keperluan asas tiap anak adalah berapa banyak masa yang diberikan orangtuanya, bukan “duitnya”. 4. Cinta Cinta tidak boleh dibeli dengan wang, akuilah hal ini benar. Memang dengan duit kita boleh membuat orang tertarik, tapi cinta berasal dari rasa saling menghargai, perhatian, berbagi pengalaman dan kesempatan untuk berkembang bersama. Itu sebabnya banyak pasangan yang berkahwin kerana duit, tidak bertahan lama atau pun tidak merasa bahagia. 5. Persahabatan Untuk diterima oleh lingkungan pergaulan dengan sahabat, anda tak perlu duit. Apabila anda ingin diterima, fokuskan tenaga anda untuk membuat diri anda berharga bagi lingkungan sekitar dengan menjadi teman dalam suka dan duka. 6. Kesihatan Kita memerlukan duit untuk membiayai rawatan dan membeli ubat, tapi duit tidak boleh menggantikan kesihatan yang hilang. Itu sebabnya pepatah lebih baik mencegah daripada mengubati . 7. Kejayaan Beberapa orang memang ada yang mencapai kejayaan dengan menyogok, tapi ini adalah pengecualian. Kejayaan hanya berasal dari kerja keras, kemahuan, dan rezeki yang tertulis. Ada aspek kecil dari usaha menuju sukses yang boleh didapatkan dengan duit, misalnya mengikuti kursus atau membeli peralatan, tapi kejayaan lebih banyak berasal dari usaha yang anda lakukan sendiri. 8. Bakat Kita dilahirkan dengan bakat tertentu. Dengan duit, yang boleh kita lakukan adalah mengasah bakat tersebut, misalnya belajar muzik. Namun para pakar mengatakan, untuk menjadi pakar di bidangnya, kita memerlukan bakat semulajadi. 9. Sikap yang baik Banyak orang yang kaya raya tapi sikapnya kasar,sombong dan cakap besar. Tak sedikit juga orang yang sederhana yang tutur katanya sopan dan menunjukkan rasa hormat pada orang lain. Jadi, jumlah duit yang dimiliki bukan penentu sikap seseorang. 10. Kedamaian Bila wang boleh membeli kedamaian, barangkali kita tak lagi mendengar tentang perang. Tetapi yang sering terjadi sebaliknya, duitlah yang menjadi sumber pertikaian dan permusuhan.
|
Puasa OH Puasa!!! Assalamualaikum semua, 
PERKARA YANG TAK BOLEH BUAT :: MAKAN :: Memang xboleh, kalau tak bukan puasa namanya… =)
:: MINUM :: Minum pun memang xboleh…tapi ade jugak yang curi2 minum. Xpe, xde orang nampak tapi Tuhan nampak beb.
:: HISAP ROKOK ::
Lelaki memang susahla nak buang tabiat nie. Sampai skang pun masih ramai lagi yang dok isap rokok walaupun tahu apa akibat daripada isap rokok nie. Nak kata blaja xtinggi, blaja tinggi sampai overdosea. :: BERBUAL KOSONG/MENGUMPAT/MEMFITNAH :: Yang nie biasanya kaum hawala..tapi laki pun ade jugak. Biasala, bulan puasa nie xde mende nak buat so borak2 kosong jela jalan penyelesaian yang paling mudah nak buat.
:: TENGOK VIDEO LUCAH :: Yang nie memang biasanya lelakila…da nama pun ade 9 akal & 1 nafsu. Pompuan pun ade jugak cuma kurangla sebab dorang nie ade 9 nafsu & 1 akal. Tapi Skype heranla nape ek 9 akal yang laki ade tu xleh nak cover nafsu yang satu tu…adoii, kesian kat laki.hu3. Kalau boleh, elakkanla tengok bendalah ni ek. Bulan yangmulia nie, eloklah kita beribadah kepada Allah. Banyak nikmat yang Allah bagi kat kita bulan nie bang ooii…
:: COUPLE :: Kepada yang kapel tu xpayahla nak pegang tangan awek/pakwe korang. Dosa beb…benda nie memang da jelas beb. Seseorang bukan muhrim adalaha HARAM untuk bersentuhan tapi Skype heran tulla. Skang nie Skype tengok pegang2 nie da jadi kebiasaan dah dalam masyarakat kita yang beragama ISLAM nie. Pakai tudung toksah cakapla…macam2 pesen tapi kuar ngan boy/gurlz tetap pegang tangan. Ke deme xtau yang pegang tangan tu HARAM ek? Yang pegang tangan tu sah2la haramkan, pastu yang pegang2 tutt tu cane…? LU PIKIRLA SENDIRIK!!!(pnjm sat nabil trademark ko)
PERKARA YANG PATUT BUAT :: BACA AL-QURAN :: Tahun nie agak2 korang ade bukak Quran tak? Ade..3kali?Alhamdulillah tapi lagi elok kalau korang bukak banyak kali dalam bulan Ramadhan nie tapi jangan bukak saje tau..bacala skali. Kalau boleh, khatam skali atau beberapa kali dalam bulan puasa nie. Cakapa senangkan tapi Skype xtau buat ke idak. Astaqfirullahalazim… InsyaAllah, smoga Skype buat jugak. Yang tak penah bukak&baca Quran lagi tahun nie, bukak&bacalah..sebab bulan nielah nie bulan yang seswai untuk kita mulakan.
:: SOLAT :: Buat solat sunat banyak2. Banyak pahala Allah bagi kat bulan Ramadhan KArim nie…
:: ZIKIR :: Zikirla banyak2 beb…lagipun senang je nak ucap kat mulut tu. Lakukan dengan ikhlas InsyaAllah, ALLAH terima zikir kita. Tak payah pakai tasbih pun xpe beb..
:: SEDEKAH :: Bulan Ramadhan memang bulan yang penuh dengan barakah. Jadi, bersedekahla kita kepada yang memerlukan. Kalau ade budak2 yang datang mintak sedekah dengan sindiket tu bagila tapi xpayahla bagi banyak2. RM1-2 sudahla pastu doa skali supaya budak tu diselamatkan daripada sindiket tersebut & berdoa supaya ALLAH bagi hidayah kat anggota sindiket tu. InsyaAllah, Tuhan akan makbulkan doa kita.
INGAT!!! 
DAN INGAT!!! 
(^o❤‿❤)^o SELAMAT BERPUASA KEPADA KORANG SEMUA. HARAP2NYA DAPATLA KITA PUASA PENUH YE TAHUN NIE.
|
|
Category:
KONGSI BERSAMA
Pagar diri dari ilmu hitam dan syaitan TV kita sekarang ni, semakin banyak cerita-cerita mistik dan seram terutama malam Jumaat. Pernah berbual dengan seorang ustaz pasal ni ,ustaz tersebut kata memang kita tidak boleh menafikan kewujudan benda ghaib ni tapi jangan terlalu taksub sehingga menjadi syirik kerana lebih takut kepada benda halus dari kekuasaan Allah dan iblis sentiasa menggoda manusia sehingga ke Hari Kiamat . Oleh kerana dendam, nafsu dan perasaan hasad dengki, manusia sanggup bersengkokol dengan syaitan untuk mengenakan manusia lain. Kita pun kena perlu sentiasa berhati-hati dalam tingkah laku dan perkataan supaya tidak menyakiti orang lain. Di bawah ini di nyatakan cara cara atau amalan yang boleh di lakukan untuk memagar diri anda dari perbuatan jahat tukang sihir atau pengamal ilmu hitam.Sihir mungkin tidak mengenal siapa anda.Ia boleh menyerang anda. Ketahuilah cara memagari diri anda dari sihir dan gangguan syaitan. Pagar Pertama (1) – Makan Tamar ‘Ajwah dan Tamar Madinah Amalkan memakan tamar (kurma) ‘Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah S.A.W. yang berbunyi: “Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar ‘Ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu”.(Riwayat al Bukhari.) Pagar Kedua (2) – Berwuduk sebelum tidur Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T kepada mereka. Sabda Rasulullah S.A.W: Ertinya: “Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu. Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya seorang Malaikat. Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walaupun sedetik untuk mengucapkan doa: ‘Ya Allah!Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci.’(Riwayat at Tabraaniy dgn sanad yang baik.) Pagar Ketiga (3) – Mengambil berat tentang solat berjemaah Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan. Bersikap sambil lewa terhadap solat berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain. Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a., Rasulullah S.A.W.telah bersabda:Ertinya: ‘Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaitan. Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah.Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya.(Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik). Pagar Keempat (4) – Mendirikan Solat Tahajjud utk memagarkan diri dari sihir Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah-mudahkannya.Sifat mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu.Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindakbalas hasil perlakuan syaitan tersebut. Ibnu Mas’ud r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang tidur hingga ke Subuh dengan tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah S.A.W. pun bersabda:Ertinya: “Sesungguhnya syaitan telah kencing di dalam telinganya”(Riwayat al Bukhari dan Muslim). Pagar Kelima (5) – Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia akan mencuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ketandas. Di dalam sebuah buku seorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia pernah memasuki tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia telah dirasuk oleh syaitan. Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata: Ertinya: “Dengan nama Allah. Ya Allah!Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan”. Riwayat al Bukhari dan Muslim. Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan atau betina. Pagar Keenam (6) – Memagar isteri selepas selesai akad nikah Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa: “Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau selubungi ke atasnya,dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini ke atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya.”(Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik). Pagar Ketujuh (7) – Berwuduk sebelum tidur, membaca ayat-ayat al Kursi dan berzikir kepada Allah sehingga terlelap. Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata kepada Abu Hurairah: “Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur,dirinya sentiasa di dalam pelihareaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi”.
|
|
Category:
Renungan
LIMA Perosak Hati 5 Perosak Hati Hati adalah pengendali. Jika ia baik, baik pula perbuatannya. Jika ia rosak, rosak pula perbuatannya. Maka menjaga hati dari kerosakan adalah wajib. Tentang perosak hati, Imam Ibnul Qayyim rahimahullah menyebutkan ada lima perkara, 'bergaul dengan banyak kalangan (baik dan buruk), angan-angan kosong, bergantung kepada selain Allah, kekenyangan (makan) dan banyak tidur.' 1. Bergaul dengan banyak orang. Pergaulan adalah perlu, tapi tidak asal bergaul dan banyak teman. Pergaulan yang salah akan menimbulkan masalah. Teman-teman yang buruk lambat laun akan menghitamkan hati, melemahkan dan menghilangkan rasa nurani, akan membuat yang bersangkutan larut dalam memenuhi berbagai keinginan mereka yang negatif. Dalam keadaan hari ini, kita sering menyaksikan orang yang hancur hidup dan kehidupannya gara-gara pergaulan. Biasanya out put semacam ini, kerana motivasi bergaulnya untuk dunia. Dan memang, kehancuran manusia lebih banyak disebabkan oleh sesama manusia. Karena itu, kelak di akhirat, banyak yang menyesal berat karena salah pergaulan. Allah berfirman: "Dan (ingatlah) hari (ketika itu) orang yang zhalim menggigit dua tangannya seraya berkata, 'Aduhai (dulu) kiranya aku mengambil jalan bersama-sama Rasul. Kecelakaan besarlah bagiku, kiranya aku (dulu) tidak menjadikan si fulan itu teman akrab(ku). Sesungguhnya dia telah menyesatkan aku dari Al-Qur'an ketika Al-Qur'an itu telah datang kepadaku." (Al-Furqan: 27-29). "Teman-teman akrab pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain, kecuali orang-orang yang bertakwa." (Az-Zukhruf: 67). "Sesungguhnya berhala-berhala yang kamu sembah selain Allah adalah untuk menciptakan perasaan kasih sayang di antara kamu dalam kehidupan dunia ini, kemudian di hari Kiamat sebagian kamu mengingkari sebagian (yang lain) dan sebagian kamu melaknati sebagian (yang lain), dan tempat kembalimu adalah Neraka, dan sekali-kali tidak ada bagimu para penolong." (Al-Ankabut: 25). Inilah pergaulan yang didasari oleh kesamaan tujuan duniawi. Mereka saling mencintai dan saling membantu jika ada hasil duniawi yang diingini. Jika telah lenyap kepentingan tersebut, maka persahabatan itu akan melahirkan duka dan penyesalan, cinta berubah menjadi saling membenci dan melaknat. Kerana itu, dalam bergaul, berteman dan berkumpul hendaklah ukuran yang dipakai adalah kebaikan dan kerana Allah SWT. Lebih tinggi lagi tingkatannya jika motivasi persahabatan itu untuk mendapatkan kecintaan dan redha Allah (mardhatillah). 2. Larut dalam angan-angan kosong Angan-angan kosong adalah lautan yang tidak bertepi. Ia adalah lautan tempat berlayarnya orang-orang yang sia-sia. Bahkan dikatakan, angan-angan adalah modal orang-orang angkuh. Ombak angan-angan terus mengumbang-ambingkannya, khayalan-khayalan dusta sentiasa mempermainkan dalam hidupnnya. Laksana anjing yang sedang mempermainkan bangkai. Angan-angan kosong adalah kebiasaan orang yang berjiwa kerdil dan rendah. Masing-masing sesuai dengan yang diangankannya. Ada yang mengangan-kan menjadi raja atau ratu, ada yang ingin keliling dunia, ada yang ingin mendapatkan harta kekayaan melimpah, atau isteri yang cantik jelita. Tapi itu hanya angan-angan belaka. Adapun orang yang memiliki cita-cita tinggi dan mulia, maka cita-citanya adalah seputar ilmu, iman dan amal shalih yang mendekatkan dirinya kepada Allah. Dan ini adalah cita-cita terpuji. Adapun angan-angan kosong ia adalah tipu daya belaka.Nabi memuji orang yang bercita-cita terhadap kebaikan. 3. Bergantung kepada selain Allah Ini adalah faktor terbesar perosak hati. Tidak ada sesuatu yang lebih berbahaya dari bertawakkal dan bergantung kepada selain Allah. Jika seseorang bertawakkal kepada selain Allah maka Allah akan menyerahkan urusan orang tersebut kepada sesuatu yang ia bergantung kepadanya. Allah akan menghinakannya dan menjadikan perbuatannya sia-sia. Ia tidak akan mendapatkan sesuatu pun dari Allah, juga tidak dari makhluk yang ia bergantung kepadanya. Allah berfirman, mafhumnya: "Dan mereka telah mengambil sembahan-sembahan selain Allah, agar sembahan-sembahan itu menjadi pelindung bagi mereka. Sekali-kali tidak, kelak mereka (sembahan-sembahan) itu akan mengingkari penyembahan (pengikut-pengikutnya) terhadapnya, dan mereka (sembahan-sembahan) itu akan menjadi musuh bagi mereka." (Maryam: 81-82) "Mereka mengambil sembahan-sembahan selain Allah agar mereka mendapat pertolongan. Berhala-berhala itu tidak dapat menolong mereka, padahal berhala-berhala itu menjadi tentara yang disiapkan untuk menjaga mereka." (Yasin: 74-75) Maka orang yang paling hina adalah yang bergantung kepada selain Allah. Ia seperti orang yang berteduh dari panas dan hujan di bawah rumah laba-laba. Dan rumah labah-labah adalah rumah yang paling lemah dan rapuh. Lebih dari itu, secara umum, asal dan pangkal syirik adalah dibangun di atas ketergantungan kepada selain Allah. Orang yang melakukannya adalah orang hina dan nista. Allah berfirman, mafhumnya: "Janganlah kamu adakan Tuhan lain selain Allah, agar kamu tidak menjadi tercela dan tidak ditinggalkan (Allah)." (Al-Isra': 22) Terkadang keadaan sebagian manusia tertindas tapi terpuji, seperti mereka yang dipaksa dengan kebatilan. Sebagian lagi terkadang tercela tapi menang, seperti mereka yang berkuasa secara batil. Sebagian lagi terpuji dan menang, seperti mereka yang berkuasa dan berada dalam kebenaran. Adapun orang yang bergantung kepada selain Allah (musyrik) maka dia mendapatkan keadaan yang paling buruk dari empat keadaan manusia, yakni tidak terpuji dan tidak ada yang menolong. 4. Makanan ; Makanan perosak ada dua macam. Pertama , merosak kerana dzat/materinya, dan ia terbahagi menjadi dua macam. Yang diharamkan kerana hak Allah, seperti bangkai, darah, anjing, binatang buas yang bertaring dan burung yang berkuku tajam. Kedua, yang diharamkan kerana hak hamba, seperti barang curian, rampasan dan sesuatu yang diambil tanpa kerelaan pemiliknya, baik karena paksaan, malu atau takut terhina. Kedua , merusak kerana melampaui ukuran dan takarannya. Seperti berlebihan dalam hal yang halal, kekenyangan kelewat batas. Sebab yang demikian itu membuatnya malas mengerjakan ketaatan, sibuk terus-menerus dengan urusan perut untuk memenuhi hawa nafsunya. Jika telah kekenyangan, maka ia merasa berat dan kerananya ia mudah mengikuti jejak langkah syaitan. Syaitan masuk ke dalam diri manusia melalui aliran darah. Puasa mempersempit aliran darah dan menyumbat jalan syaitan. Sedangkan kekenyangan memperluas aliran darah dan membuat syaitan betah tinggal selamanya. Barangsiapa banyak makan dan minum, nescaya akan banyak tidur dan banyak pula ruginya. Dalam sebuah hadis masyhur disebutkan: "Tidaklah seorang anak Adam memenuhi bejana yang lebih buruk dari memenuhi perutnya (dengan makanan dan minuman). Cukuplah bagi anak Adam beberapa suap (makanan) yang bisa menegakkan tulang rusuknya. Jika harus dilakukan, maka sepertiga untuk makanannya, sepertiga untuk minumannya dan sepertiga lagi untuk nafasnya." (HR. At-Tirmidzi, Ahmad dan Hakim, dishahihkan oleh Al-Albani). 5. Membanyakkan tidur Banyak tidur mematikan hati, memenatkan badan, menghabiskan waktu dan membuat lupa serta malas. Antara tidur itu ada yang sangat dibenci, ada yang berbahaya dan sama sekali tidak bermanfaat. Sedangkan tidur yang paling bermanfaat adalah tidur saat sangat dibutuhkan. Segera tidur pada malam hari lebih baik dari tidur ketika sudah larut malam. Tidur pada tengah hari (tidur siang) lebih baik daripada tidur di pagi atau petang. Bahkan tidur pada petang dan pagi hari lebih banyak mudharatnya daripada manfaatnya. Antara tidur yang dibenci adalah tidur antara shalat Shubuh dengan terbitnya matahari. Sebab ia adalah waktu yang sangat strategik. Kerana itu, meskipun para ahli ibadah telah melewatkan sepanjang malamnya untuk ibadah, mereka tidak mahu tidur pada waktu tersebut hingga matahari terbit. Sebab waktu itu adalah awal dan pintu siang, saat diturunkan dan dibagi-bagikannya rezeki, saat diberikannya barakah. Maka masa itu adalah masa yang strategik. Melainkan, tidur pada waktu itu hendaknya kerana benar-benar sangat terpaksa. Secara umum, saat tidur yang paling tepat dan bermanfaat adalah pada pertengahan pertama dari malam, serta pada seperenam bahagian akhir malam, atau sekitar delapan jam. Dan itulah tidur yang baik menurut pada doktor. Jika lebih atau kurang daripadanya maka akan berpengaruh pada kebiasaan baiknya. Termasuk tidur yang tidak bermanfaat adalah tidur pada awal malam hari, setelah tenggelamnya matahari. Dan ia termasuk tidur yang dibenci Rasul Shallallahu 'alaihi wa sallam. (Disadur dari Mufsidaatul Qalbi Al-Khamsah, min kalami Ibni Qayyim Al-Jauziyyah/Abu Okasha Ainul Haris)
|
|
Category:
Renungan
FADHILAT RAMADHAN 1)Rasulullah saw. bersabda : Barangsiapa puasa Ramadhan karena beriman dan ikhlas, maka diampuni dosanya yang telah lalu dan yang sekarang ( HR.Bukhary Muslim). 2) " Diriwayatkan dari Abi Hurairah ra. Sesungguhnya Nabi saw. telah bersabda : Solat lima waktu, solat Jum'at sampai solat Jum'at berikutnya, puasa Ramadan sampai puasa Ramadaan berikutnya, adalah menutup dosa-dosa (kecil) yang diperbuat diantara keduanya, bila dosa-dosa besar dijauhi." ( H.R.Muslim) 3) Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra: Bahwa sesungguhnya Rasulullah saw. pernah bersabda : Ketika datang bulan Ramadan: Sungguh telah datang kepadamu bulan yang penuh berkat, diwajibkan atas kamu untuk puasa, dalam bulan ini pintu Jannah dibuka, pintu Neraka ditutup, Setan- Setan dibelenggu. Dalam bulan ini ada suatu malam yang nilanya sama dengan seribu bulan, maka barangsiapa diharamkan kebaikannya (tidak beramal baik didalamnya), sungguh telah diharamkan (tidak mendapat kebaikan di bulan lain seperti di bulan ini). ( HR. Ahmad, Nasai dan Baihaqy. Hadits Shahih Ligwahairihi). TAKRIF PUASA Puasa ialah menahan diri daripada makan, minum, jimak dan perkara yang membatalkan puasa.berdasarkan syarat-syarat dan rukun-tertentu tertentu. SYARAT WAJIB PUASA n 1. Islam. Orang bukan Islam tidak wajib. n 2. Baligh. Iaitu cukup umur. n 3. Berakal. Tidak wajib puasa atas orang gila. n 4. Berupaya. Tidak wajib berpuasa ke atas orang yang tidak berupaya, n dengan sebab tua, sakit yang tidak ada harapan sembuh. n 5. Bermukim. RUKUN PUASA 1. Niat. Berniat pada malamnya iaitu tiap-tiap malam sepanjang Bulan Ramadhan, waktunya bermula daripada maghrib hingga terbit fajar. Lafaz niat: .نويت صوم غد عن اداء فرض رمضان هذه السنة ل تعالى n Maksudnya: “Sahaja aku berpuasa esok, fardhu bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala”. 2. Menahan diri dari segala yang membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari. SYARAT SAH PUASA 1. Islam. 2. Mumaiyiz (مميز ). Iaitu orang yang dapat membezakan antara yang baik dengan yang buruk. 3. Suci daripada haid dan nifas sepanjang hari. 4. Puasa diharuskan pada hari-hari yang di bolehkan puasa, kecuali pada Hari Raya I’dil-Fitri dan I’dil-Adha (10-13 Zulhijjah). PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA 1. Makan dan minum dengan sengaja, tetapi jika terlupa tidak membatalkan puasa. 2. Muntah dengan sengaja. Tetapi jika tidak sengaja tidak membatalkan puasa. 3. Bersetubuh dengan sengaja. 4. Keluar darah haid dan nifas. 5. Gila, walaupun satu detik, waktu siang hari. 6. Keluar mani dengan sengaja kecuali mimpi atau berkhayal, tidak membatalkan puasa. SUNAT-SUNAT PUASA 1. Makan sahur walaupun sedikit. 2. Segera berbuka puasa. 3. Banyak berdoa. 4. Memberi makan dan minum kepada orang yang berpuasa. 5. Sunat mandi junub, haid dan nifas sebelum fajar. 6. Menahan lidah daripada bercakap perkara yang sia-sia. 7. Meninggalkan segala keinginan yang diharuskan walaupun tidak membatalkan puasa seperti tidur sepanjang hari. 8. Memperbanyakkan sedekah kepada keluarga, kaum kerabat dan fakir miskin. 9. Mengisi masa dengan tadabbur Al-Qur’an, berzikir, selawat atas nabi s.a.w. baik di waktu malam mahupun di siang hari. 10. Beri’tikaf.Niat :“shj aku iktikaf di masjid ini kerana Allah”. 11. Qiyamullail, termasuk solat tarawih dan witir. KIFARAH PUASA SEBAB: Suami Isteri bersetubuh di siang hari pada bulan Ramadhan. Hukuman: Kifarat puasa terdiri dari 3 bentuk sebagaimana didalam hadith Bukhari (al-Fath al-Bahri #1936):- a. memerdekakan hamba b. Jika tidak mampu, puasa 2 bulan berturut-turut c. Jika tidak mampu, beri makan kepada 60 orang miskin n Persoalannya sekarang, adakah kedua-dua suami isteri (didalam pilihan berpuasa 2 bulan) dikenakan kifarat? Menurut jumhur, kedua-dua suami ister di wajibkan berpuasa 2 bulan berturut-turut jika kedua-dua redha. Jika isterinya tidak redha, dan di paksa oleh suami, maka hanya si-suami saya yang wajib berpuasa. Isteri hanya membayar 1 hari qadha’. n Walaubagaimanapun, Imam Nawawi rh(mazhab Imam Syafie). berpendapat bahawa pendapat yang dipilih adalah hanya suami/lelaki sahaja yang berpuasa 2 bulan berturut-turut, dan perempuan tidak dibebankan ke atasnya. Beliau mengaitkan perkara ini dengan hak nafkah, iaitu khusus bagi lelaki sebagaimana mahar juga. Pendapat ini juga disokong oleh Imam Ahmad. [al-Mughni, 3/112 SYARAT-SYARAT KIFARAH PUASA 1. Ia telah berniat puasa pada malam harinya. Jika ia tida berniat maka puasanya tidak sah. 2. Sengaja. 3. Tidak terpaksa. 4. Sedar dan tahu akan keharaman bersetubuh di siang hari Ramadhan. 5. Terjadi pada siang hari Ramadhan. Kalau itu terjadi puasa wajib selain Ramadhan, maka tidak dikenakan kifarah. 5. Tidak mengerjakan hal yang membatalkan puasa sebelum bersetubuh. Jika ia makan lebih dahulu kemudian bersetubuh, ia tidak terkena kifarah. 6. Ia seorang mukallaf yang tidak uzur untuk berpuasa. Seperti anak kecil, orang yang (musafir) yang membatalkan puasanya dengan bersetubuh, dan orang sakit (yang mencapai uzur puasa) tidak dikenakan kifarah. 7. Yakin bahwa puasanya sah. Maka tidak ada kafarah bagi orang yang sengaja bersetubuh yang menyangka/syak bahwa puasanya telah batal. 8. Tidak keliru.Jika seseorang bersetubuh karena menduga waktu masih malam, belum masuk waktu Subuh, tidak wajib baginya kafarah. 9. Tidak gila atau meninggal dunia setelah selesai bersetubuh. 10. Persenggamaan tersebut memang benar-benar atas dasar kehendak dan suka sama suka. Sekiranya lelaki/perempuan diperkosa, dengan cara melemahkan badannya agar tak mampu melawan, atau dengan cara apa saja, maka kafarah hanya wajib bagi si pemerkosa. 11. Persenggamaan benar terjadi seperti memasukkan pen di dalam penutupnya. 12. Persenggamaan tersebut dilakukan pada lubang kemaluan, qubul atau dubur, dengan sesama jenis, orang mati, atau binatang. Adapun persenggamaan bukan pada lubang kemaluan (seperti oral seks), tidak mewajibkan kafarah. KESEMPURNAAN PUASA Dalam kitab Bahr al-Mazi yang menghimpunkan hadis dikeluarkan Imam at-Tirmizi ada disebutkan enam perkara yang boleh menjamin kesempurnaan puasa, semuanya berkait rapat dengan anggota zahir dan batin manusia iaitu: n Memejamkan mata daripada membuat maksiat n Memelihara lidah daripada membuat maksiat n Menjauhkan telinga daripada membuat maksiat n Menegah tangan dan kaki daripada membuat maksiat n Jangan terlalu banyak makan ketika berbuka puasa n Hati yang bergantung kepada Allah antara mengharap dan perasaan takut kepada-Nya.
|
|
Category:
lawak
Perkara Sebelum Kahwin Selepas Kahwin 1. ANGKATKAN BEG Come sayang, let me carry the bag 4 u. Kesian u SELEPAS.. Beg u pun u malas nak bawa. Lain kali jangan bawa beg ah!
2.TERSUNGKUR BATU 'Sayang, intan payung, you ok tak darling? Bodoh punye batu!....' SELEPAS..Jln betul2 la! Buta ke? Mata letak kat mana? Lutut? Batu tu macam besar pun tak nampak! 3. PAKAI SEXY Lawanye u pakai baju ni. Seksi! Turn on I, macam nak gigit-gigit you sekarang jugak....!SELEPAS..... 'Ni ape ni, terjojol sana sini, nampak longkang! Dengan spare tyre berlipat-lipat! Tak malu eh?' 4. MANJA DI PUBLIC Manjanye syg i ni. Cium sikit sayang! Firm nye pipi you!,,,SELEPAS.. Oi! Org tgk ah! Tunggu balik rumah bole tak? Tak malu eh orang tengok?! 7. KEKAYAAN U takde bnyk duit pun, i tetap syg u. Kekayaan tk menjanjikan kebahagiaan...SELEPAS. Tu la, dulu tak nak blajar betul2. Skrg baru nak menyesal! Duit tong sampah bulan ni camne? 8. SEX Kalau kita kawin, hari2 mau.SELEPAS... Eh, i penat tau! Ingat i robot ke? Gatal! 9. KESABARAN Sudahlah syg, jgn merajuk.. Sorry eh Sayang. Memang salah I. I ni matahir tak guna! Jangan merajuk lagi ye Sayang.. I minta maaf. Maafkan i eh? SELEPAS ...Salah you, you nak suruh I cakap Sorry! Banyak cantik muka you! Dah buat salah tak nak mengaku. Tau nak merajuk je. Awak punye pasal ah! Tak kuasa aku! 10. MASAKAN Sedapnye u masak (walaupun tak sedap) Mak u tak ajar masak ke?..SELEPAS Ni Nasi lemak ke nasi basi? 11. DUIT NO PROBLEM Syg, kita mkn dekat restoran mahal tu eh? Mahal takpe lah, skali skala... SELEPAS...Mak oi! Pe mahal! Da la! Mee grg mamak pak kassim lagi sedap. Tak mau ah! 12. LUV PEGI LUV BALIK Bye syg, I luv u too. Muaks! Miss u lah syg. (Padahal smlm baru jumpe) Ah, ok bye!...SELEPAS Tak bole lah. Kawan i ade ni! Bye la bye la! 13.PENGORBANAN Takpe Sayang, I tak kisah.. I sanggup buat apa saja untuk you. I fetch you later eh?SELEPAS You ni, takde kepala otak ke yang I ni penat baru balik kerja. Apa salahnya you balik sendiri. Manja sangat ah! 14. JUMPA LAMBAT Takpe Sayang. Asalkan you selamat sampai..SELEPAS Takpe la. Da biasa da! 15. BUANG ANGIN You kentot eh sayang? Hehehehehe! Cute la you ni! *cubit-cubit*..SELEPAS Oi, asal bole kentot je eh! *pukul-pukul badan*
|
|
Category:
KONGSI BERSAMA
Ketika kamu melihat seseorang..... Ingatlah itu sebagai pertemuan suci.... Ketika kamu melihat orang itu... Kamu melihat dirimu sendiri... Ketika kamu menganggapinya.. Kamu menganggaplah dirimu sendiri.......  "Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria , ada datang dengan perasaan "biasa" dan ada datang dengan perasaan serba tak kena " Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan "biasa" saja, hasilnya adalah "biasa" saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah.... " Jadi renungkan lah.... - Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampa, hasilnya macam kita ' TAK DATANG' kerja
- Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT' .
- Adakala kita rasa kita PERIHATIN , tapi rupanya kita BUSY BODY.
- Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENGAJARAN.
- dakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS , rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS.
- Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA-NGADA.
- Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?'
- Adakala kita rasa kita ni pekerja yang SEMPURNA, BAIK DAN BERDEDIKASI tapi cuba tengok dalam-dalam, selagi hati kita berdengki, jatuhkan reputasi sesama rakan sekerja (report kat bos kawan kita tak bagus dari kita) dan tak amanah (mencuri dan tak siapkan kerja), kita sebenarnya patut terima hakikat betapa kita lebih teruk dari dari anggapan kita itu sendiri.
 Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA , maka lakukanlah segera... tapi manusia tetap manusia... sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik... adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik? Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan .. kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain. Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat.. kita withdraw kat akhirat nanti... tapi kalau kita asyik dengki mendengki.. nasib la sebab sudah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih.. Renungi lah, berapa ramai kawan kita dan berapa ramai lawan kita, nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya "Mengkritik tidak bererti menentang, Menyetujui tidak semestinya menyokong, Menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik."
|
|
Category:
KONGSI BERSAMA
Suatu hari, seorang bapa dari sebuah keluarga yang kaya raya membawa anak lelakinya ke dalam sebuah kampung dengan tujuan menunjukkan kepada anaknya itu kehidupan orang-orang miskin. Mereka bermalam selama beberapa hari di sebuah ladang yang didiami oleh golongan yang sangat miskin. Di dalam perjalanan pulang, si ayah bertanya kepada anaknya, "Macam mana percutian kita kali ni?"
Si anak menjawab, "Menarik dan hebat, ayah," "Kamu sudah melihat sendiri bagaimana susahnya kehidupan mereka yang tidak berharta?" "Ya," Bertanya lagi si ayah, "Jadi, apa yang kamu dapat kali ni?" Lalu si anak tadi memberikan jawapan yang agak panjang,  "Kita ada dua ekor anjing dan mereka ada empat. Kita ada kolam yang terletak di tengah-tengah taman tetapi mereka mempunyai sungai yang tidak berpenghujung. Kita ada lampu yang diimport di taman kita tetapi mereka ada bintang-bintang di langit pada waktu malam. Keluasan tanah kita sehingga ke halaman hadapan tetapi mereka mempunyai keluasan sehingga ke kali langit," "Kita tinggal cuma di atas tanah yang kecil sedangkan mereka mempunyai padang yang sangat luas saujana mata memandang.
Kita ada pembantu untuk membantu kita tetapi mereka memberi pertolongan, bukan meminta. Kita membeli makanan kita tetapi mereka menanam sendiri makanan mereka. Kita ada dinding sahaja untuk melindungi kita sedangkan mereka mempunyai sahabat handai yang melindungi mereka," Si ayah terdiam mendengar jawapan anaknya. Si anak tersebut Kemudiannya berkata, "Terima kasih, ayah, kerana menunjukkan kepada saya betapa miskinnya kita,"
|
|
Category:
KONGSI BERSAMA
Memilih lelaki untuk dijadikan pasangan hidup bukan semudah memilih baju untuk hadir majlis hari jadi. Jika baju, tak suka yang itu, pilih saja yang ini. Kalau warnanya seperti tidak match, pilih saja warna yang lain.
Bagaimana hendak mengenal lelaki yang sesuai, baik dan serasi? Persoalan ini memang patut menghantui setiap orang sebab tersalah pilih, hidup akan menjadi amat tidak selesa. Macam-macam perkara boleh ditimbulkan oleh sang lelaki, tatkala dia sudah pun bergelar suami. Tidak semudah menukar baju jika ingin lari darinya. Malah dia bagaikan baju plastik yang melekat di badan.
Jika anda mendapat lelaki yang okey segala segi, anda sangat beruntung. Hidup anda akan terpenuh dengan keindahan dan kenikmatan. Tetapi jika anda mendapat lelaki yang tidak okey segala segi, ibarat anda telah menghampiri ? neraka dunia?.
Apa kriteria yang boleh anda pegang apabila memilih lelaki:

1. Bagaimana agamanya Jika dia nyata mengabaikan kewajibannya sebagai manusia yang beragama, (terutama sembahyang fardu), usahlah harapkan sesuatu yang menarik daripadanya. Mungkin dia kaya dan penyayang serta boleh memberikan semuanya, tetapi tanpa haluan menuju ketuhanan, dia bukanlah pilihan terbaik.
Betul, bukan semua lelaki yang sembahyang itu baik, tetapi sekurang-kurangnya haluan pimpinannya jelas. Agama diturunkan untuk memantau kehidupan manusia, maka manusia perlu menerima pantauan itu untuk selamat. Dalam soal ini tiada siapa terkecuali.
2. Bagaimana dia melayani ibu bapanya Seorang lelaki yang bertanggungjawab adalah seorang yang tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya terhadap ibu dan bapanya. Anda boleh lihat dengan jelas akan hal ini. Jika dia menangguhkan pulang ke kampung semata-mata untuk anda, dia bukanlah seorang family man, lantas bukanlah calon terbaik untuk menepati ciri-ciri lelaki pilihan.
Seorang lelaki yang mengambil berat ibu dan ayahnya adalah seorang yang boleh diharap.

3. Bagaimana dia berkelakuan sewaktu bersama anda Jika dia demand beberapa hal yang tidak munasabah dan “tidak boleh” sebelum masanya, dia bukanlah lelaki yang terbaik. Cinta tidak perlu dibuktikan dengan perlakuan-perlakuan sumbang yang membawa kemurkaan TUHAN. Ramai wanita silap dalam menafsirkan pengorbanan cinta. Berkorbanlah untuk mendapatkan cinta yang sejati, tetapi tidak usah hingga terkorban diri.
Ingat, wanita ibarat rama-rama, selagi warna sayapnya tidak terurai, selagi itulah dia diminati dan disayangi.
4. Bagaimana keluarga melayaninya Jika boleh dapatkanlah latarbelakang keluarganya. Keluarga yang rosak dan porak peranda biasanya terdiri daripada ahli yang rosak dan juga porak peranda. Perhati juga bagaimana keluarga melayaninya. Jika keluarga baik terhadapnya, itu menandakan dia baik terhadap keluarga.
 5. Siapa sahabatnya Untuk mengenali dia lihatlah siapa sahabatnya. Sahabatnya adalah cermin untuk dirinya. Jika sahabat-sahabatnya adalah mereka yang baik budi pekerti serta boleh diharap, dia juga sama. Sebaliknya jika dia hanya bergaul dengan orang yang rosak akhlak, dia juga mungkin tidak terkecuali.
6. Apakah kegiatan hidupnya lantaran jika dialah pilihan anda dan putus untuk mengakhiri hubungan itu dengan perkahwinan, usah ambil mudah tentang aktiviti hidupnya, maksud saya pekerjaan serta kegemaran serta wawasannya. Ini penting sekali sebab corak kehidupan akan ditentukan oleh apa kegiatan hidupnya serta apa kegemarannya juga apa wawasannya.
Pastikan dia mempunyai pekerjaan, tidak semestinya makan gaji, perniagaan juga baik. Pertanian, perladangan, penternakan dan juga perikanan juga baik. Semua itu bidang pekerjaan yang mulia. Ramai orang tidak kisah dengan bidang pekerjaan teman lelakinya sewaktu di alam percintaan, kemudian menanggung derita setelah berkahwin apabila mengetahui sebenarnya dia tiada pekerjaan, pemalas bahkan penagih dadah. Sukailah dia dan sukailah pekerjaannya, selagi halal, adalah mulia di sisi ALLAH.
7. Lihatlah diri anda sendiri Lihatlah diri anda sendiri. Bagaimana lelaki yang anda inginkan begitulah diri anda sebenarnya. Jika anda memiliki akhlak yang baik, dia semestinya juga begitu. Jarang orang yang tidak sama peribadi boleh menjalin hubungan intim dan penuh persefahaman.
8. Semaklah dirinya berpandukan Formula 3E Ada 3 pecahan daripada Formula 3E yang boleh anda suaikan dengan peribadi dan perwatakannya.
i. Lihat sifat-sifat semula jadi serta perwatakan (negatif dan positif) melalui bulan kelahirannya. Misalnya jika dia dilahirkan pada bulan Mac, biasanya (tak wajib betul harus salah) dia seorang yang mudah merajuk, seorang perasa, baik, sensitif, romantik, tahu membalas jasa, bijak, boleh menyelesaikan masalah orang, penyayang serta setia apabila bercinta. Negatifnya dia seorang yang suka berangan-angan dan kadang-kadang sangat pemalas.
Pengetahuan anda terhadap perwatakan-perwatakan sebegini memudahkan anda mengenali sifat-sifatnya. Rumah tangga akan lebih mudah dilayari dalam keadaan anda mengetahui perwatakan?
ii. Lihat tarikh lahirnya dan buat kiraan tertentu. Setiap angka dari 1 hingga 9 boleh menerangkan wawasannya. Kita boleh membaca fikiran orang sekiranya kita tahu angka peribadinya.
iii. Kenali warna kegemarannya dan dapatkan definisinya.
Mengenali lelaki adalah cabaran utama wanita dalam langkah pertama membina cinta. Mengenali peribadi dan psikologi lelaki pula adalah langkah tuntas menuju kebahagiaan dan kecemerlangan keluarga setelah berkahwin. Lelaki bagaimanakah yang anda inginkan? Pilih, kemudian tafsir, renung dan fikir, usah suka, terus ambil kemudian kahwin lalu menderita.
Anda mampu mengubahnya.
|
|
Category:
Kesihatan
MATA – Bertindak balas dengan keadaan hati. Mata menjadi merah: Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin. Mata menjadi kabur: Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku. Keluar tahi mata: Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan. Keluar air mata: Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja. Ketegangan mata dan kelopak: Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat. … HIDUNG – Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong. Selsema Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. - Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
Hidung sebu - Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
- Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
Bersin - Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
- Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
Batuk - Batuk keluar kahak: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
- Batuk tanpa kahak: Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
- Batuk dan berasa gatal di kerongkong: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.
… KERONGKONG Kerongkong kering: Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin. Sakit kerongkong: Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius. BIBIR. Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman. Bibir pucat - Sistem penghadaman yang lemah.
- Perut mengandungi angin.
- Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
Bibir kering dan pecah: Perut mengandungi banyak bahan toksin. MULUT DAN LIDAH: Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem Pengedaran darah. Lidah atau gusi bengkak, sakit: Menunjukkan jantung mempunyai masalah seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi. Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser): Menandakan darah mengandungi asid berlebihan. Mulut berbau busuk: Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang. Telinga terasa tersumbat: Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan. Telinga berdengung: Sedang merawat buah pinggang yang lemah. Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan. KULIT Peluh - Peluh masin: Badan mengandungi lebihan asid urik.
- Peluh berbau: Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.
Ruam & Bisul: Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air. Kulit Gatal Dengan Ruam: Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia. Kulit Pecah & Berair: Proses pembuangan toksin yang larut dalam air. Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan. Rambut Gugur: Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI Sendi Sakit - Rasa panas: Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda-tanda penyakit pirai (gout).
- Tidak rasa panas: Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
- Sakit di bahagian bahu: Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
Kebas Tangan: Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar. Kebas Tangan Kiri & Lengan: Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jikarasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku. Kebas Kaki: Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar. Sakit Tapak Kaki: Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama. Sakit Tumit Kaki: Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin. Rasa Panas di Tapak Kaki: Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin. Gatal di Celah-Celah Kaki: Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot). TANDA-TANDA DALAMAN Kepala. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak. Pening/Sakit di Bahagaian Depan Kepala: Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir. Pening/Sakit di Bahagaian Belakang Kepala: - Bahagian atas: Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
- Bahagian bawah (tengkuk): Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
Sakit Kepala & Rasa Gas Keluar Dari Telinga: Menandakan penyakit migrain. Bisuk di Kepala: Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain. Rasa Pening yang Memusing: Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar. MULUT/KERONGKONG Loya/Muntah: Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut. Muntah Darah: - Darah merah: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong.
- Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut;misalnya penyakit ulser.
Lidah Rasa Tegang & Pendek: Tanda sakit jantung. Keluar Air Liur Pekat: Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibatjangkitan kuman KENCING Kencing Kerap: Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran. Air Kencing Berkapur: Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang. Air Kencing Berminyak: Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak. Air Kencing Pekat Bewarna Coklat: Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku. Air Kencing Berdarah: Penyakit batu karang atau buah pinggang luka. BUANG AIR BESAR Cirit-Birit/Kerap Buang Air Besar: Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar. Sembelit: Membersihkan toksin dari usus kecil. Najis Berdarah: - Darah merah: Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
- Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
Najis Bewarna Hitam: Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus. TINDAK BALAS BADAN Badan Rasa Sakit: Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran. - Sakit menyucuk: Proses menyeimbangkan urat saraf.
- Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
- Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
- Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
Badan Terasa Berat/Malas/Lenguh: Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan Badan Terasa Panas: Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin. Badan Terasa Ringan: Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku. TINDAK BALAS EMOSI Rasa Takut Mengejut: Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah. Cepat Naik Darah/Marah: Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi. Rasa Bimbang & Takut: Sistem paru-paru yang lemah. Rasa Seronok atau Bimbang Tanpa Sebab: - Sistem jantung yang lemah.
- Sistem saraf otak yang lemah.
- Masalah pengaliran darah.
Suka Berfikir & Berkhayal: Sistem penghadaman yang lemah. Wallahu a’lam
|
|
Category:
KONGSI BERSAMA
setelah membaca tentang Kecemburuan dalam Sebuah Hubungan , kamu tahu bahwa cemburu yang berlebihan dapat mengancam hubunganmu. Kamu harus menghilangkan rasa cemburu itu bagaimanapun caranya, sebelum kamu kehilangan kendali dan melakukan sesuatu yang bisa kamu sesali nantinya. Berikut ini adalah beberapa tips untuk mengatasi rasa cemburu dalam sebuah hubungan: 1. Bicarakan dengan pasanganmuDiskusikan dengan pasanganmu apa yang kamu rasakan. Katakan bahwa kamu mencintainya tetapi kamu merasa cemas dan gelisah dengan hubungan kalian. Jika pasanganmu benar-benar masih mencintaimu, dia akan menjelaskan semuanya dan menenangkan dirimu. Dengan itu, kalian berdua akan semakin yakin dengan komitmen kalian. 2. Belajar dari masa lampau Apabila kamu pernah mengalami kegagalan dalam sebuah hubungan karena masalah cemburu, belajarlah dari situ dan gunakan pengalamanmu untuk berperilaku lebih baik. Kamu akan menyadari bahwa rasa cemburu yang berlebihan tidak akan membuat hubunganmu lebih baik. 3. Bangun kepercayaan dirimu Orang yang percaya diri tidak akan mudah cemburu karena mereka tidak memiliki alasan untuk menjadi takut terhadap orang lain. Sadarilah bahwa pasanganmu memilih dirimu karena kamu memiliki sesuatu yang spesial dalam dirimu dan karena itu ia tidak akan tergoda oleh orang lain. 4. Berpikirlah positif (fokus pada kenyataan) Fokus terhadap apa yang terjadi, bukan apa yang kamu anggap akan terjadi, karena seiring berjalannya waktu, kamu lama kelamaan akan sulit membedakan antara mana yang fakta dan mana yang fiksi. Kamu tentu tidak ingin tiap hari kamu menghabiskan waktumu memikirkan hal-hal yang belum tentu terjadi, bukan? Jangan biarkan imajinasimu menentukan orang seperti apa dirinya sebenarnya. 5. Sadari konsekuensinya Apapun penyebabnya atau kapanpun itu terjadi, rasa cemburu bisa membuat banyak tekanan di hidupmu. Terlalu banyak tekanan akan membawamu ke tindakan yang tak terkendali. Ingatlah bahwa kecemburuan dalam sebuah hubungan hanya akan membuat segalanya bertambah buruk. Kekerasan fisik, mental, dan berakhirnya sebuah hubungan adalah beberapa konsekuensi dari rasa cemburu yang berlebihan. 6. Jangan posesif Seringkali, akar dari rasa cemburu datang dari keinginan kita untuk mengontrol seseorang. Bagaimanapun, kamu harus menyadari bahwa tidak mungkin orang lain selalu bertindak sesuai yang kamu mau, dan meskipun kamu bisa menyebut seseorang itu kekasihmu, bukan berarti kita memiliki dirinya sepenuhnya. Biarkan ia bertindak sesuai yang ia mau selama masih dalam batas komitmen kalian. 7. Tetapkan aturan di awal Cobalah untuk menetapkan aturan-aturan umum apa yang dapat dan tidak dapat diterima olehmu dan oleh pasanganmu. Dengan itu, kalian berdua akan memiliki dasar dan batasan untuk bertindak Jangan bertindak secara berlebihan Tidak ada yang salah dengan rasa cemburu, selama kamu dapat menahan dan menyalurkannya dengan cara yang positif. Ingatlah bahwa saat melihat orang lain menggoda pasanganmu adalah sesuatu yang normal -- anggap saja itu sebagai sanjungan untuk kalian berdua. Selama orang lain tidak berbuat macam-macam, apa masalahnya? Ingatlah bahwa rasa percaya adalah dasar dari setiap hubungan, dan kamu seharusnya tidak membiarkan ketakutanmu menghancurkan hubunganmu. Tetapi apabila semuanya sudah berjalan melewati batas, kamu harus bertindak tegas.
|
|
Category:
Renungan
1. Pemarah Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.. 2. Pendendam Tersembunyi ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. 3. Hasad dengki Amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. 4. Bakhil Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk. 5. Tamak Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga (lagipun orang tamak selalu rugi). Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan. 6. Tidak sabar Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. 7. Ego Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Pasal semua orang ada egonya sendiri, cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut. 8. Riak Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak, takabbur dengan apar yang kita ada. 9. Cinta Dunia Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah, tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu (bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh atau solehah). Cinta dunia merupakan ‘neraka dunia’ kerana dunia itu ‘panas’ akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
|
|
|