Posted:6/20/2010 - 0 comment(s) [ Comment ] - 0 trackback(s) [ Trackback ]
Category: Jun

Dalam menaiki tangga syarikat, cepat atau lambat, kebanyakan dari kita menghadapi bos yang buruk. Bos, tentu saja, hanya manusia dan boleh memiliki hari buruk seperti masalah wang, atau krisis keluarga, seperti kita semua ataupun mereka mungkin menghadapi bos yang buruk sendiri. Sering kali, walaupun, sayangnya, mereka hanya seseorang yang mendarat di posisi yang salah untuk kepribadian dan pengalamannya.


Bos anda masuk ke pejabat seperti polis menyerang musuh. Anda sopan bertanya apakah ia mungkin punya masa hari ini untuk membincangkan modal perniagaan baru syarikat. Namun jawapannya, bos anda menyalak keluar sesuatu yang sama sekali tak pernah anda dengar lalu masuk pejabatnya, dan lantas menutup pintu.

Pada masa lain dalam kerjaya kita, banyak dari kita harus bekerja dengan pengurus atau penyelia yang cepat marah, tidak bertimbangrasa, atau hanya menakutkan! 

Berurusan dengan orang lain tanpa memikirkan bagaimana mereka mempengaruhi kehidupan kita sememangnya mudah, tetapi ketika cabaran itu melibatkan bos anda, anda perlu menggunakan kecerdasan, kecerdikan dan masa yang tepat untuk menghadapinya. Bekerja dengan bos yang buruk boleh menjadi masalah yang berterusan terutamanya jika itu mulai mempengaruhi kehidupan anda termasuk kehidupan peribadi anda.

Pertama, menerima kenyataan bahawa anda tidak akan dapat menghadapi bos anda secara efektif dari jauh. Teknik penghindaran tidak akan berjaya kerana sementara atasan anda berkelakuan buruk, namun ia pasti bukan bodoh. Dia tahu bahawa anda mengelakkan dia dan mungkin dia membenci itu. Saya menyarankan agar anda menguruskan bos anda dari dekat dan kerap bertemu. Seperti pertemuan dalam kedai kopi.

Kedua, sentiasa menilai perkembangan tentang diri anda dan jangan fikir tentang perkembangan orang lain. Hal ini kerana tidak ada sesiapa pun akan suka kalau diberitahu tentang keburukkan mereka termasuk bos anda. Sebaliknya, dalam persekitaran kerja, setiap orang akan dapat kritikan secara berterusan daripada sesiapa saja kerana persekitaran kerja akan sentiasa berubah. Jika anda menilai perkembangan anda di tempat kerja anda, anda mampu menghasilkan output atau KPI yang lebih baik dan ia secara tidak langsung akan memberi kejutan positif kepada bos anda. . .

Selamat bekerja :)
Posted:6/19/2010 - 0 comment(s) [ Comment ] - 0 trackback(s) [ Trackback ]
Category: Jun

LELAKI SEJATI bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar, tetapi dari kasih sayangnya pada orang disekitarnya. ... 
LELAKI SEJATI bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang, tetapi dari kelembutannya mengatakan kebenaran... .. 
LELAKI SEJATI bukanlah dilihat dari jumlah sahabat di sekitarnya, tetapi dari sikap bersahabatnya pada generasi muda bangsa... 
LELAKI SEJATI bukanlah dilihat dari bagaimana dia di hormati ditempat bekerja, tetapi bagaimana dia dihormati didalam rumah...
LELAKI SEJATI bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan, tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan... 
LELAKI SEJATI bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang, tetapi dari hati yang ada dibalik itu... 
LELAKI SEJATI bukanlah dilihat dari banyaknya wanita yang memuja, tetapi tanggungjawabnya terhadap wanita yang dicintainya. .. 
LELAKI SEJATI bukanlah dilihat dari jumlah tanggungjawab yang dibebankan, tetapi dari tabahnya dia menghadapi lika-liku kehidupan... 
LELAKI SEJATI bukanlah dilihat dari rajinnya membaca kitab suci, tetapi dari konsistennya dia menjalankan apa yang ia baca...

Posted:6/19/2010 - 0 comment(s) [ Comment ] - 0 trackback(s) [ Trackback ]
Category: Jun

Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang.
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.

Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga.
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku.
Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.

Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata.
Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja. 

Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu.
Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta.
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka.

Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis.
Bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira.

Perasaan cinta bermula dari kata.
Perasaan suka bermula dari telinga. 
Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka, 
Umpama kita membuang telinga kita. 
Tapi jika kita cuba menutup mata,
Cinta berbuah menjadi airmata. 
Setiap orang akan mengalaminya dalam hidup mereka...

 
 

 

Posted:6/19/2010 - 2 comment(s) [ Comment ] - 0 trackback(s) [ Trackback ]
Category: Jun

Jika shah dah kawen

> Shah kan pastikan wife shah sentiasa hepi disisi Shah...

> Walaupepun urusan Shah kat luar, Shah kn tetap balik rumah untuk tidur disisinya,,,

> Shah leh masak, so setiap kali wife Shah masak, Shah kn tolong die... masak sama-sama bertambah mesra...

> Setiap Ahad, Shah kn sediakan bekpes untuk wife. Jenis makanan pilihan wife...

> Shah mengajar tuition.. minta wife join skali.. sama-sama mencari duit extra...

> Setiap malam, Shah kn ajak wife tengok movie bersama-sama. Movie pilihan wife..

> Bilangan anak pilihan wife...lagi banyak lagi Shah suka...

> Shah bukan melayu, tetapi cari wife melayu... melalui perkahwinan campur, dapat lahirkan anak-anak kacukan yang cantik dan bijak... (hehe future planning)

> Shah pandai ambik hati.. Shah x kn gaduh untuk pe pun dengan wife... nak g shopping Shah ok jer.. nak g rumah saudara.. Shah ok jer. 

> Shah pandai kemas rumah.. kje kemas rumah.. Shah leh share ngan wife... Shah x nak wife wat sume tu then jatuh sakit lak... 

> Kite leh kumpul duit sama-sama, beli rumah sama-sama. Shah dah de kete...

Tetapi bile agaknya Shah kn jumpe ngan bakal wife Shah ? ? ?

 
Archive
Categories


Check out these portals: