Posted:6/20/2010 - 0 comment(s) [ Comment ] - 0 trackback(s) [ Trackback ]
Category: Jun

Dalam menaiki tangga syarikat, cepat atau lambat, kebanyakan dari kita menghadapi bos yang buruk. Bos, tentu saja, hanya manusia dan boleh memiliki hari buruk seperti masalah wang, atau krisis keluarga, seperti kita semua ataupun mereka mungkin menghadapi bos yang buruk sendiri. Sering kali, walaupun, sayangnya, mereka hanya seseorang yang mendarat di posisi yang salah untuk kepribadian dan pengalamannya.


Bos anda masuk ke pejabat seperti polis menyerang musuh. Anda sopan bertanya apakah ia mungkin punya masa hari ini untuk membincangkan modal perniagaan baru syarikat. Namun jawapannya, bos anda menyalak keluar sesuatu yang sama sekali tak pernah anda dengar lalu masuk pejabatnya, dan lantas menutup pintu.

Pada masa lain dalam kerjaya kita, banyak dari kita harus bekerja dengan pengurus atau penyelia yang cepat marah, tidak bertimbangrasa, atau hanya menakutkan! 

Berurusan dengan orang lain tanpa memikirkan bagaimana mereka mempengaruhi kehidupan kita sememangnya mudah, tetapi ketika cabaran itu melibatkan bos anda, anda perlu menggunakan kecerdasan, kecerdikan dan masa yang tepat untuk menghadapinya. Bekerja dengan bos yang buruk boleh menjadi masalah yang berterusan terutamanya jika itu mulai mempengaruhi kehidupan anda termasuk kehidupan peribadi anda.

Pertama, menerima kenyataan bahawa anda tidak akan dapat menghadapi bos anda secara efektif dari jauh. Teknik penghindaran tidak akan berjaya kerana sementara atasan anda berkelakuan buruk, namun ia pasti bukan bodoh. Dia tahu bahawa anda mengelakkan dia dan mungkin dia membenci itu. Saya menyarankan agar anda menguruskan bos anda dari dekat dan kerap bertemu. Seperti pertemuan dalam kedai kopi.

Kedua, sentiasa menilai perkembangan tentang diri anda dan jangan fikir tentang perkembangan orang lain. Hal ini kerana tidak ada sesiapa pun akan suka kalau diberitahu tentang keburukkan mereka termasuk bos anda. Sebaliknya, dalam persekitaran kerja, setiap orang akan dapat kritikan secara berterusan daripada sesiapa saja kerana persekitaran kerja akan sentiasa berubah. Jika anda menilai perkembangan anda di tempat kerja anda, anda mampu menghasilkan output atau KPI yang lebih baik dan ia secara tidak langsung akan memberi kejutan positif kepada bos anda. . .

Selamat bekerja :)
Delicious Digg Facebook Fark MySpace
Archive
Categories


Check out these portals: